Wednesday, May 12, 2010

Fruit yang sesuai untuk baby~

Dah buat entry pasal veggie yang sesuai untuk diberikan pada baby, now nak buat entry pasal fruit pulak okay. Jom kite share same2. Taktaula since baby NAyli dah start makan solid food, no more YM, FB & yang seangkatan dgnnya di screen computer office ku melainkan web2 yg ade info pasal solid food utk baby je. hehehehehe. Saye translate dari sumber yang diambil daripada:

http://www.wholesomebabyfood.com

Stage 1- Fruit
Avocado
Sesuai sebagai makanan pertama untuk bayi kerana tekstur dan mengandungi kendungan nutrien yang tinggi. Digelar sebagai nature's perfect foods kerana mengandungi semua nutrien yang diperlukan.


Strawberry
Mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Mempunyai potensi sebagai makanan yang menyebabkan allergic, jadi dicadangkan diberikan pada baby selepas 12 months. Jika mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai sejarah allergic, jangan berikan terlalu awal pada bayi.


Pisang
Mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dan sangat sesuai diberikan sebagai makanan pertama baby.nature's perfect foods kerana mempunyai semua kandungan nutrien yang diperlukan. Mempunyai kandungan yang tinggi untuk Vitamin B6, Vitamin C and Vitamin B2.Selepas bijirin, pisang antara makanan yang kerap dijadikan makanan pertama bayi. Mudah dihadam, sangat berkhasiat dan rasanya lazat.Pisang adalah satu-satunya buah yang mengandungi kesemua vitamin penting A, B1, B2, B6 dan C. Pisang juga tinggi kandungan fiber, potassium dan magnesium. Pisang juga mengandungi 2-3 kali ganda karbohidrat daripada buah-buahan lain, jadi ia tidak sesuai untuk mereka yang mengambil diet kurang karbohidrat, tetapi ia amat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang aktif. Sesetengah orang menggelar pisang sebagai “anti-stress” kerana kandungan vitamin B6nya yang tinggi. Potassium pula membantu fungsi otak dan saraf.Umur untuk diperkenalkan : 6 bulan (puri atau lenyek)

Mangga
Mengandungi Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C & kandungan fiber yang tinggi.

Nanti saye update lagik okay.

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~