Wednesday, May 26, 2010

Ada apa dengan colour oren?


Saye nak tanye sikit. Kalau anda semua bijak bestari, dapatkah anda bezakan kat pic bawah nie mane satu frozen food untuk labu, lobak merah & ubi keledek? Susah kan nak beza. sebab semuanya mempunyai warna yang hampir serupa iaitu oren. Sebab tue kalau buat frozen food yang paling penting kite kena labelkan pada setiap bekas iaitu jenis makanan dan tidak lupa juga tarikh sebab apabila makanan2 ini telah disejukbekukan, semuanya kelihatan hampir sama sahaja.

Untuk entry kali nie saye bukan nak bercerita pasal label makanan tapi nak cerita pasal warna. Wah bunyi macam ntahapehapentah suspen je kan. heheheeeh. takde apelah. Kali nie saye nak share sikit pasal info yang saye baca kat http://www.wholesomebabyfood.com

Nak info lanjut refer kat situ okay.



Ibu yang banyak memberi baby mereka makan buah2an ataupun sayur yang bewarna oren  boleh menyebabkan setengah2 anggota badan baby contohnya hidung atau tangan bertukar menjadi warna oren. Bunyi nye betul2 menakutkan kan. Saye pun tercengang bace info nie memule dulu. hehehehe.

Ini adalah disebabkan oleh carotenemia. Carotenemia nie dalam bahasa perubatan menerangkan bahawa yang menyebabkan kulit boleh bertukar menjadi oren adalah disebabkan peningkatan kandungan darah dalam level carotene. Dalam kebanyakan kes yang terjadi, adalah disebabkan oleh pengambilan kandungan carotene yang tinggi. Ibu yang memberi baby mereka makan terlalu banyak sayur2an atau buah2an yang bewarna oren mungkin akan mendapati satu hari sebahagian anggota badan anak mereka bertukar menjadi warna oren.
ubi keledek

labu

lobak merah

Makanan yang bewarna oren contohnya seperti ubi keledek, labu dan lobak merah adalah contoh2 makanan yang mengandungi beta-carotene yang tinggi.


IT'S ORANGE

Sayur2an yang bewarna hijau juga mengandungi kandungan beta-carotene yang tinggi.

Susu ibu juga mengandungi kandungan carotene yang tinggi dan ibu2 yang menyusu yang mengamalkan cara pemakanan yang mengandungi kandungan beta carotene yang tinggi juga boleh menyebabkan susu badan menjadi colour orange. Oh yang ini saye sangat pasti belum pernah terjadi lagi kat saye. hehehehe. Kalau terjadi pun sekurang2nya saye dah tau, so takdela terkejut sangat.

Lepas baca info nie saye dah faham. Kalau saye nak sediakan baby Nayli bubur nasi + lobak merah, tak payah letak labu or ubi keledek lagi. Saye cume akan letak salah satu je. sama ada labu, ubi keledek ataupun lobak merah. Dan saye juga akan gilir2 kan makanan baby Nayli contohnya:

Monday: bubur nasi + ubi keledek
Tuesday : bubur nasi + apple + pear
Wednesday : bubur nasi + labu

Sebab saye taknak satu hari nanti baby Nayli tetiber jadi OREN !!!! hahahaahaha.

Dari info yang saye bace nie, takdelah pulak dijelaskan secara terperinci apakah kesan buruk pada baby yang makan makanan yang mengandungi terlalu banyak beta-carotene nie kecuali setengah2 anggota badan boleh bertukar menjadi colour oren je. Ape2 pun kene bersederhana dalam segala perkara.

Ape2 pun rujuk la dengan pediatrician anda okay!!!!

5 comments:

  1. btul tu. my fren kuat diet, tiap tiap malam ratah carrot macam rabbit.. tk lme kulit dia jadi kuning oren, so risau jumpa doc.. sbb kuat sgt mkn carrrot! tp tkpe, lame 2 akan baik sndiri.. tk mbahayakan pun..

    ReplyDelete
  2. menarik info nih akma
    akak pun suka benar wat bubur nasi+carrot+labu......

    ReplyDelete
  3. nnt baby nayli jd POOH lar coz kaler oren :)

    ReplyDelete
  4. kak lyn, dulu mase saya taktau slalu gak campur sekali makanan2 oren tue dgn bubur nasi tapi sejak dah tau nie je dah tak buat dah. takut baby NAyli jadi kaler oren. hehe

    ReplyDelete
  5. good info... patut laa kekadang susu warna kuning... sbb suka mkn carrot rupanya... kena control skit la lps ni...

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~