Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Sunday, January 8, 2012

Syurga Lollipop Di Candylicious One Utama

Candylicious Eat HAppy.

Eh cantik betul kedai ni. Bila masuk oulet ni jadi macam Willy Wonka di chocolate factory pulak. Actually hari tu masa pergi KLCC, lepas beli Garret popcorn yang gebu'ss tu perasan outlet ni. Tapi sebab tekak tengah  rasa manis  kunyah popcorn terhebat macam nak rak so biarkan je lah dulu.

Semalam pergi One Utama perasaan lagi outlet yang sama.

Fulamak, memang kena masuk kali ni.



It is really candy heaven. Yeay! So far ada 2 outlet je kat Suria KLCC dan One Utama.




Pick & Mix



Cantiknya!!!! Lollipop, chocolate di mana-mana. Patung-patung comel macam ni pun banyak.

Memang colorful habis. Macam-macam yang manis ada di sini. Saya bukan teruja dengan apa yang dijual di sini saya bukan penggemar manisan tapi teruja habis dengan decorationnya yang sangat comel.




Rambang mata. Eh eh main ambik je. Sape nak bayar ni cik adik? Ingat murah ke haaaaa? Budak kicit tak boleh makan chocolate banyak-banyak nanti gigi cepat rongak. HikHik.




Sesuai bagi souvenir for wedding kan? Cute!!




Mama sporting ok kasi can sebab Nayli tak buat perangai macam-macam. Yeay! Dapat 2 sekali loliipop. Tu untuk Nayli.




Untuk mama pulak.




Tu la sebelum ambil tak tengok harga, bila dah nak bayar baru rasa eh eh eh. Mahal giller!!

******************************************************************

Sebenarnya kami ke One Utama nak pergi Jusco. Year End Sale. Sampai hujung bulan ni. Sempat lagi siapa yang nak shopping till drop.




Jangan tengok pada aksi Nayli. Oh itu perkara biasa. Dia memang suka buat aksi stunt di mana-mana. Belum tengok dia buat aksi stunt dalam kereta lagi. Tapi tengok pada nasib lollipop yang mama beli tadi. Sobsss sedihnye.




Magic! Nayli makan tak sampai 5 minit. Dia tak suka. First time dia tak habiskan lollipop. So mama pun rasa jugak sikit. Aiyooo rasa lollipop Candylicious memang pelik sikitlah. Mahal woo RM3/pc.

Yeay! Sebenarnya saya ada banyak benda ni sebab tu lah ke Jusco. Dah lama terperuk dalam handbag nasib baik voucher Jusco takde expire date. 


Oklah boleh beli sehelai dua baju. Baju raya Gong Xi Fa Cai.

Big baby rambang mata jugak. Tak habis-habis dengan beg dia. Benda wajib di bawa ke mana-mana. Lepastu suka lari laju-laju suruh orang kejar. Takpe exercise yang baik untuk mama. Haipssss.




Kesian nasib lollipop tu kan kena tinggal dengan tuannya macam tu je.

Apelagi. Jom serang outlet CAndylicious ramai-ramai. Hooyeah!!! Eh tapi jangan amalkan selalu ye, nanti reading sugar dalam darah naik mendadak pulak. Hiks!

Sekian.



Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini.







Yeay!

Friday, January 6, 2012

Kolustrum Adalah Cecair Bernilai Emas





Pernah tak dengar ayat sebegini.

"Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit, pesan Halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak".

ataupun


"Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu." keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.

ataupun


"Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu?" Soal Lina bertalu talu kepada Husna. Risau benar dia.


Sesungguhnya, apa yang dibualkan di atas adalah  persoalan yang sering diajukan oleh ibu muda. Malah, terdapat pelbagai lagi mitos yang diutarakan mengenai cecair kuning yang pekat dan melekit ini. 


Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.


Apakah sifat sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putiholeh sesetengah pakar kanak  kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A. 


Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. 

Ini amat bersesuaian sekali dengan firman Allah yang bermaksud:

"Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang meyakininya (Al-Jathiyah: 4). Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah az-Zariyat ayat 20 dan 21 yang bermaksud, Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu).


Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.


 SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira  kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Sebaliknya, disebabkan proses proses yang perlu dilakukan ke atas, susu formula tiada langsung mengandungi SIgA. 


Seorang bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif akan mendapat kira kira 125mg/kg/hari SIgA pada umur sebulan, dan lebih kurang 75mg/kg/hari ketika berumur 4 bulan. Walaupun kepekatan SIgA di dalam kolostrum menurun dengan drastiknya dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, tetapi dalam pada masa yang sama jumlah susu ibu turut meningkat dengan tingginya. Oleh itu jumlah total SIgA adalah hampir kekal sepertimana di awal kelahiran. 


Manakala paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit tersebut.


Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain. Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan  mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. Maha Suci Allah, ciptaanNya amat hebat dan tidak mampu disaingi oleh mana mana ciptaan manusia. 

Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah yang bermaksud:

"Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya." (Al-A'la : 2) 


Kajian  kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman  kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit  birit yang disebabkan oleh kuman  kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu. 


Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan. 

Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel  sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. 

Benarlah firman Allah swt yang bermaksud, Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya. (surah at-tin: 4)


Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 37 ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49 - 96 jam berikutnya. Pada hari kelima jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.

Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Sesungguhnya persoalan susu tidak cukup pada hari hari pertama kelahiran adalah tidak wajar diutarakan. Jika ibu itu mengharapkan susunya mengalir mencurah curah sehingga 500ml pada hari pertama, memanglah mustahil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14).

Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri?

Antara tips  tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari  hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. 



Antara tips  tips lain yang tidak kurang pentingnya adalah, sentiasa susukan bayi pada bila bila masa sahaja yang dia mahu. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (rooming in) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau nursery ketika berada di hospital. Rooming in amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda  tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (cross infection) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.

Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.

Rujukan:
1. Lars A. Hanson. Immunobiology of Human Milk: How Breastfeeding Protects Babies. Texas: Pharmasoft Publishing, 2004.
2. Riordan J. Breastfeeding and human lactation. Massachusetts: Jones & Bartlett Publishers, 2005.
3. Lawrence RA, Lawrence RM. Breastfeeding: A Guide for the Medical Profession. 6th edition. St Louis, MO: Mosby, 2005.

Oleh: 
Dr Nazatul Shiha Bachtiar, MBBS, MMedSci

Sekian. 

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sudahkan Anda Memberi Ubat Cacing Kepada Anak Anda Setiap 6 Bulan

Selamat HAri Jumaat yang indah,


Hari ni jom cerita pasal cacing. Eee geli tak. Janganlah geli, info yang bagus ni.

Dah bagi ubat cacing kat anak anda tak? Untuk saya tiada masalah kerana saya memang pergi pemeriksaan untuk NAyli kat klinik kesihatan di mana pemeriksaan semasa umur 2 tahun doktor akan bagi sekali dengan ubat cacing. Free je semua tu terima kasih pada kerajaan pemerintah  yang baik. Alaa, kecik cinonet je botol ubat cacing tu. Kalau beli kat farmasi tak taulah berapa ringgit. Ya, ubat cacing perlu diberi setiap 6 bulan untuk pencegahan, tapi dalam kes yang lebih serius perlu diberi setiap 3 bulan Bagaimanapun ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun hendaklah dirujuk kepada doktor terlebih dahulu.

Ingat lagi dulu kat nursery NAyli suka tidur terbonggeng sambil meniarap. Kakak kat nursery cakap kanak-kanak yang suka tidur macam tu banyak cacing. Ye ke? Oo tak tau pulak related ke tak yang pasti ubat cacing telah selamat diberi pada NAyli. Lepas tu Nayli pun tak tidur sambil terbonggeng lagi. Ohh betul kot. 

Masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia, tak kiralah tua atau muda tapi usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah enam hingga tujuh tahun dan usia dan usia yang kurang dijangkiti adalah di bawah umur setahun. Jangan pandang remeh dengan penyakit cacing ini ok kerana apabila seseorang kanak-kanak dijangkiti penyakit cacing, cacing betina akan keluar pada waktu malam dan bertelur di sekeliling dubur. OMAIGOD OMAIGOD TAKUTNYA. 

Jika kanak-kanak menggaru dubur, telur akan berpindah ke tangan dan celah kuku jari, seterusnya objek lain yang disentuh seperti tangan dan berus gigi. Telur cacing boleh hidup selama 2 minggu, akan ditelan oleh orang yang memasuki objek yang mengandungi telur cacing ke dalam mulut mereka. Telur ini akan masuk ke dalam badan dan menetas dalam usus, seterusnya memulakan kitaran hidup sekali lagi.

Banyak risiko buruk akibat cacing pada kanak-kanak yang tidak kita ketahui. Penyakit cacing yang tidak dirawat boleh menyebabkan banyak komplikasi antaranya kekurangan darah kerana cacing kerawit misalnya boleh menghisap darah dalam usus. Masalah kurang darah yang kronik boleh menganggu tumbesaran dan pembelajaran malah pada tahap yang lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Kita boleh mengurangkan risiko terjadinya penyakit ini dengan:

- membasuh tangan dengan bersih dengan menggunakan sabun selepas bermain di luar rumah atau dengan haiwan peliharaan sebelum makan.
- tidak makan salad mentah yang belum di basuh.
- tidak bermain berkaki ayam.
- tidak berkongsi botol air di play school.
- tidak makan daging kurang masak.
- tidak minum air yang tidak dimasak atau tidak di tapis.

Cacing oh cacing. Bahaya sungguh kami. SYHH SYHH pergi main jauh-jauh.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, January 5, 2012

2 Tahun 2 Bulan Yang Mengkagumkan

Hari ini dia genap 26 bulan.

Yeay! Big baby Nayli dah 2 tahun 2 bulan. 2 tahun 2  bulan yang bermacam cerita, 2 tahun 2 bulan yang sangat mengkagumkan.

Kagum sebab di usia begini Nayli dah ada adik yang berusia 10 bulan. Main dengan adik, gurau sama-sama. Mereka memang tak boleh tidur malam sebelah menyebelah, kalau tak memang tak tidur lah alamatnya ketawa terkekeh-kekeh sampai ke tengah malam. Apa yang diorang gelak pun mama tak tau.

Kalau adik takde depan mata, Aya, Aya, Aya je lah yang keluar dari mulutnya. Aya tu panggilan Nayli untuk Zara. Tapi kalau adik Zara ada kat depan mata, habis di bulinya pulak si kecil tu. Lepas tu mama pun bertukar jadi Incredible Hulk. GRRRRRRRRR.

Style tengok TV pun sama. Tengok la tu.



Indahnya.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Ketabahan Seorang Ibu Menyusukan Anaknya

Salam untuk mommies yang awesome,

Pagi ni saya ternampak satu pic. Sangat menyentuh hati. SANGAT!!!!




Jangan anggap ini gambar 18SX ok. Think positive-lah. Common bebeh. 

Terkesima kejap tengok gambar ni. Menitik air mata. Gambar yang mempunyai 1001 cerita di mana ketabahan seorang ibu yang serba kekurangan tapi masih menyusukan anaknya, Ya Allah, murahkanlah rezeki ibu ini. Bersyukur diberikan rezeki untuk baby saya. Limpahkan lah jua rezeki untuk semua ibu dan anak di seluruh dunia. Amin.

Terasa sangat beruntung kerana saya diberi kesihatan yang sihat, hidup di negara yang aman dan makmur, rezeki mencurah-curah untuk diri sendiri dan keluarga. Saya boleh makan macam-macam untuk banyakkan susu, tapi cuba tengok si anak dalam gambar ni. Sampai kering dia hisap susu ibunya kerana lapar. Sobssss. 

Mengikut info yang pernah saya baca, susu ibu masih yang terbaik walaupun mommies yang berada di negara yang kebuluran kerana susu ibu telah di cipta oleh Allah SWT untuk sesuai dalam apa jua keadaan.

Kuatkanlah semangat saya untuk meneruskan perjuangan ini. Permudahkanlah kepada kami para ibu untuk memberikan susu pada anak. Muhasabah diri yang sangat-sangat baik untuk kita semua.

Sharing is caring. Sekadar nak berkongsi, jangan lupa ucapkan Alhamdulillah setiap kali selesai mengepam. Sikit atau banyak sekalipun, jangan mengeluh sekurang-kurangnya kita masih diberi rezeki oleh Allah SWT untuk menyusukan anak kita.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, January 4, 2012

Yang Paling Gebu MEstilah Garret Popcorn

Ok Ok entry terakhir pasal KLCC. Hiks! Haritu kan ada story kisah mengidam macam nak rak makan popcorn yang satu ni.

Akhirnye, dapat juga saya singgah di outlet Garret Popcorn, Suria KLCC. Start dengan ayat 'akhirnya' sebab banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi untuk sampai ke sini sebenarnya.

Inilah tujuan kedua kami ke KLCC selain nak bawa anak jalan-jalan ke Aquaria tapi tak jadi. It's all about Garret popcorn! Yeay!



First impression tengok kiosk Garret Popcorn tak sangka pulak. Tak beratur panjang pun. Takdela ramai sangat orang tapi seryes aroma dari jauh memang menusuk kalbu. Akhirnya tercapai jugak keinginan saya nak makan popcorn mahal ni. Mahal beb small pack pun dah RM16. Disebabkan informer cik Pia suruh beli Chicago Mix memang dah set kat kepalalah. Sampai je counter ada sample boleh rasa. Ada flavour cheese popcorn & saya try rasa 3 bijik. Testing rasa pun sampai 3 bijik!!! Masinnye! RAsa caramel Crisp pulak. Mak datokk manis nya!

Lepas brader tu, brader tu, brader tu, 3 orang brader tu turn saya pulak. Takdela beratur panjang sangat. Kejap je.



Pilihan hati Chicago Mix. The Chicago Mix is combination of Caramel Crisp and Cheese Corn.

Punyalah besar popcorn ni. Dah nak sama besar dengan penumbuk baby Zara.  Sememangnya popcorn yang gebu'sss dan terbaik!!!




Sorang pandang kanan, sorang pandang kiri. Menghayati kesedapan pop corn itu.



Belum tengok muka papa and mama makan pulak. Sampai juling bijik mata. Warghh Warghh Warghh!

Bila dah makan banyak baru terfikir. Oh patutlah informer advise beli chicago mix sebab  flavour caramel  tu tersangat lah manis kalau makan mix dengan cheese corn which is manis + masin ok kot. Lepas makan reading gula dalam darah mesti naik vaa vaa voom! 

Komen saya pulak. Sejujurnya saya kurang suka benda yang manis dan saya juga takkan repeat beli popcorn yang mahal ni lagi. Lainlah kalau orang nak belanja saya 'on' je. KihKih muka tak malu. Kalau offer makan gulai lemak ayam cili api yang terbaik, sambal udang petai yang terbaik memang saya akan repeat makan 50 kali. Yang pedas adalah yang paling menyelerakan untuk saya. Lagi berpeluh kat hidung, lagi banyak asap keluar kat telinga, lagi power!!! Orang Nogori la katakan hewhewhew.

Untuk siapa yang tak rasa Garret Popcorn apa tunggu lagi. Kat One Utama pun dah ada selain kat Suria KLCC ni. Yang penting dah pernah rasa kalau orang cerita takdelah geget jari je.Yeay!



***************************************

Berakhirnya fiesta men'demox'kan diri di KLCC. Taraaaa.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tak Sampai Hajat Pergi Aquaria KLCC

Dari KLCC kami berjalan macam nak rak ke Aquaria. Memang betul lah jalan macam nak rak sebab punyelah jauh. Waduh waduh.



Malangnya. Adoyaiiii. Memang malang tak berbau.




Ramai betul orang. Kami dah sampai kat entance Aquaria dah. Tengok tu haa orang berbaris punyelah panjang. Kaunter dia jauh lagi tu. Orang yang tengah berjalan datang ke sini pun berpusu-pusu ramai. Semua nak pergi ke Aquaria!! Ouch. Cuti sekolah kot.

Sedikit discussion dibuat within papa & mama, akhirnya kami decide tak jadi masuk Aquaria. Siapa yang pernah masuk mestilah tahu, Aquaria tu tempat tertutup kalau orang ramai macamni mesti sesak nafas tak cukup oksigen punya. Dengan membawa 2 babies ni lagi, alahai silap-silap bukan diorang excited nak tengok fish, mama pulak yang nangis tengok fish nanti sebab anak-anak meragam. Hiks!

Takpelah ada masa kita pergi Aquaria ok. Sebab cuaca pun baik kami lepak-lepak di sini. Taman KLCC memang cantik. Dulu datang lepak dengan kawan-kawan. Sekarang datang lepak dengan anak-anak.




Taman memang cantik dan bersih cuma satu benda je yang saya rasa agak grrrrrr. Sometimes rasa macam bukan kat Malaysia sebab foreigners lagi ramai dari orang Malaysia. Ramainye mat Indon, mat BAngla, mat Nepal, mat mat mat ape lagi? Konpius dah nak panggil orang ape.

Air yang tenang jangan disangka takde buaya.

Peace bebeh.



Big baby happylah lari sana, lari sini. Jangan terjun dalam kolam sudah.






Turun tangga pun ada gaya. MEmang tak suka turun tangga elok-elok. MEsti nak melompat. On.. two.. kebaboom. Berpeluh-peluh dah ketiak.




Kak Nayli punyelah happy, lain pulak dengan adik Zara.




Alololo ciannya. Apela mama ni baru je bangun tidur terus kasi adik Zara duduk sini. Montot kitew panas tewwww. Tak sesuwai tewwww. Mana orang biasa panas-panas ni. UWAAAAAAA.

Jom kita teruskan dengan agenda kedua pulak. Apelegi. Misi mencari popcorn terhebat di abad ini. Kononlah.


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

It's my first Garret. yeay!

*********************************************

Bersambung di entry seterusnya. Waduh Waduh banyaknye masa ko update belog kat office ye Jah. HikHikHik.

Sekian.

Sekian.Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, January 3, 2012

Menikmati Makanan Yang Best Di Suria KLCC

Last weekend kami ke tempat yang jarang kami pergi. Dah la parking mahal, makanan pun mahal, barang-barang yang dijual kat sana? Fuh kanan fuh kiri sangatla mahal. Setakat butik cikai-cikai memang takde kat sini lainlah kalau nak shopping Fendi, Coach, Zara Amani bolehlah. Erksss.

Wauuu weeeee. Suria KLCC here we come. Kami datang sini dengan 2 tujuan. Yeay! Yang pastinya bukan tujuan untuk shopping. Oh no no no.




Sampai je makan dulu. Kami makan di Suria KLCC's Asian Flavours Food Court in Level 4. Banyak pilihan disini. Local or western food semua ada. Orang pun ramai, sesak jugak.




Menu Enchek Husband semestinya nasi berlauk. Ayam nya sangat sedap, lembut dan terasa rempah ratus.




Menu saya pulak. Fulamak memang sedap rasa cheese sampai melekat-lekat kat celah gigi. Hiks! Meatball Bologna. Memang lazat sesuailah dengan harganya yang agak vaa vaa voom tu.




Selain kongsi dengan papa and mama, ini dia menu big baby NAyli. Nama je menu untuk Nayli tapi sebenarmya mama yang makan banyak. HikHik.

Bulat kecik, bulat besar, bulatlah besar. Punyelah comel nak makan pun rasa sayang je.



Last but not least melengkapkan agenda makan sampai lebam. Molten Chocolate Cake. Lepas makan terus speechless sebab kagum dengan rasanya.

Apsal semuanya sedap sangat ni haaa? Mungkin satu hari nanti saya akan menggantikan Chi sebagai pengacara JJCM kot. Warghh Warghh Warghh.




Alhamdulillah kenyang.  Saya tak rasa jika kita banyak menghabiskan duit untuk makan adalah suatu pembaziran. Bagi saya lepas kita kerja susah payah, penat lelah, sometimes kita kena enjoy makan good food. Happy & chill. Memanglah kalau masak kat rumah lagi jimat tapi bukannya selalu sangat lainlah kalau tiap-tiap hari makan macam ni memangla bangkrupsi hujung bulan makan maggi mee. Hiks!

Lepas makan dan dah re-charge energy kami terus menuju ke sini. Yeay!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Oh inilah senarnya tujuan utama kami datang ke sini untuk membawa anak melihat fish. Haritu kan dah tengok bird. Tu lah dia anak zaman sekarang bila orang cakap ikan tak faham bila cakap fish paham pulak. Macam ni lah bila dah ada anak memang best bawa tengok haiwan yang cute mute sebab Nayli dah kenal mana satu bird, mana satu fish, mana satu abooooo (lembu).

Entry ni cuma pasal makan je saje nak buat semuaorang jadi demox macam tuan tanah jugak. Cerita pasal jalan-jalan akan bersambung di entry seterusnya sebab tuan punye belog ada banyak masa kat office saja nak create entry banyak-banyak kasi orang baca sampai nak muntah. KahKahKah!

**************************************************************

Selamat men'demox'kan diri di 2012. Oooooooo tidak!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Monday, January 2, 2012

Exercise Kuruskan BAdan For MAma On Weekend

MAma, cepat kejarrrrrrrr saya!

1.... 2..... 3.... zOoooooooom!!


Kalau mama tak kurus jugak tak taulah. Tu belum dapat kaki lagi. HikHik!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, January 1, 2012

Iklan Susu Formula Yang PErnah Menari Di Belog Saya

Assalamualaikum semua,

Hai hai takmau la wish tahun baru cerita pasal lain lah. Boringggggg.

Pagi-pagi check Nuffnang account oh tinggal satu je Buffered Earning yang tengah menari-nari kat belog saya dari DIGI. Oklah dari takde. Alhamdulillah. Menari lama-lama sikit ye. 

Bila check Buffered Earnings yang dah bertukar jadi Metered Earning di tahun 2011 saya dapati banyak juga iklan susu formula yang pernah menari kat belog saya. Chewahhh yo-yo on je.

Tapi susu formula yang NAyli minum iaitu LActogen takde pulak. Hiks! Iklan susu formula yang pernah ada semua yang mahal-mahal.

Eh betulkan mahal? Saya pun tak pernah beli susu formula cap di bawah ni untuk Nayli.


Buat belog saja suka-suka tapi kalau dapat sedikit income pun ok jugekkk. Semoga tahun baru dapat banyak BE dari Nuffnang. Yeay!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!