Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Thursday, December 22, 2011

Wang Kertas Dan Duit Syiling Baru YAng Warna-Warni MAcam Donut JCO

Eeee bestnye.

Semalam tengok berita berita Bank Negara Malaysia akan keluarkan wang kertas dan duit syiling baru. Tapi akan berada di pasaran pada tahun 2012 je.

Cantik menarik tertarik kau memang da boom! Comel giller.

Giller santek colorful macam nak makan je. Warna-warni macam Jco Donut.



Yang ni lain dari yang lain sikit. Kaler kuning beb. First time rasanya tengok duit kaler kuning. Eh tetiba saya terbayang Donut JCo sebab donut dia pun colorful jugak ape. Dah lama tak makan JCO Donut sobssss.

Ini kalau simpan dalam wallet time nak bayar kena tengok betul-betul ni. KAng duit RM100 ingat RM50. Habis lari baget. Pheww.

Banyak lah kaler duit raya dalam wallet mama Nayli & Zara next year. HikHik!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Suka Betul Kat Kisah Anak Jin

Saje check akaun Nuffnang pagi-pagi buta ni kat office. Yolah orang pagi buta-buta sibuk breakfast kemain tapi saya kan dah breakfast kat rumah tadi dengan Enchek Husband. Wallaweh rajinnya harini aii prepare breakfast yu.

Tapi takdelah hari-hari saya breakfast kat rumah je kang orang kat office ni cakap saya si-anti sosial pulak taknak join diorang. KihKih! Kalau breakfast kat rumah biasa makan roti sapu kaya tapi kalau kat office fulamak, semuanya memang trademark rakyat Malaysialah. Roti canai, nasi lemak eh kitorang selalu tukar-tukar menu. Aku beli kuih 30sen tapi tukar makan nasi lemak ayam ko punya harga RM3 punya, Bhahahahaha.

Weh ape ko merepek ni haa labu tadi kata nak cerita pasal Nuffnang. Grrrrrrrr.

Ok ok. Ni haa nak cerita

Hari tu saya ada buat entry berkenan dengan kisah nama anak jin. Rupanya menjadi tajuk peberet jugaklah.

See! Ramai yang menggunakan kata kekunci pasal anak jin kat belog saya semalam.



Erkss kata kekunci yang satu tu tak boleh blah betul. Oooo nak cari info pasal penyusuan susu ibu ye? Bagus!

Dunia sekarang kan tanpa sempadan. Nak cari info semuanya dihujung jari je.

********************************

Eh saya kan dah boleh bukak Facebook kat office yeay, suka betul dengan today posting from idola penyusuan susu ibu saya, Farah Farhan:

Seorang anak akan minum susu ibunya kira2 1200 ++ gelen sepanjang 2 tahun menyusu dengan ibunya. Ibu, berbanggalah, u r the provider.. Dont ever think about the quantities, pls do remember the qualities, memories and love through the breastfeeding journey!! Proud of all mommies out there!

Speechless. Terharu. Nak nangis kejap boleh tak?

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, December 21, 2011

Diari Penyusuan Baby Zara @9 1/2 Bulan


Pejam celik mata lepas tu bukak balik mata laa dah sembilan bulan setengah nak masuk 10 bulan usia baby Zara. Bermakna dah hampir 8 bulan tolak tempoh 2 bulan berpantang kat kampung saya bertugas sebagai part time pumper 3x sehari di office. Eh itu dulu tapi sekarang dah semakin malas sempat 2 kali je pam kadang-kadang sekali jeww. Jangan jadikan saya sebagai contoh.

Biasalah sekarang ni alasan alasan alasan punyelah banyak alasan.

1. Kejap lagi lah baru pam susu, banyak kerja nak buat ni padahal buat-buat sibuk je.
2. Alaa cik B rasa macam tak penuh lagi, tunggu kejaplah.

Alasan..alasan..manusia yang banyak alasan!

Dulu fridge tingkat atas adalah semata-mata letak EBM baby Zara. TApi sekarang dah boleh letak lauk pauk mentah. Rajin masak tau sekarang yahooo.



Apsal la dah masuk dalam kategori malas ni tengok EBM dah susut.  Sebab itu perasan jugak, produksi susu drop 1oz setiap kali pam susu. Nilah punca yang saya rasa patut aku beri perhatian. Nak kata sibuk sangat, apalah yang sibuk pun tah. Ntahla, tapi memang akui sejak kebelakangan ni mood ngok ngek sikit.

Sebab itu, sekarang cuba kembalikan balik mood pam ni. Sedang membaca nak melihat-lihat stok meriah orang lain untuk dijadikan inspirasi. Ada jugak orang kata bila tengok mommies yang tunjuk EBM berlambak kat fridge tu.

"Menyampah tengok si dia, tayang susu banyak. Tuhan tarik balik rezeki dia baru tau! "

Pada pendapat sayalah ye, siapa yang ada sifat tak best tu, eloklah buang jauh-jauh. Bagi saya sebenarnya kita kena rasa bersemangat tengok ibu-ibu yang mempunyai stok susu yang meriah. Sebab itulah punca dan inspirasi saya untuk mendapatkan stok sebanyak itu. Mommies lain boleh buat, takkan saya tak boleh buat kot.

Pada yang ingin kembali menambah stok susu termasuklah saya , marilah bersama berjuang bersama-sama dengan saya yang semakin malas dan culas ni. Biasalah manusia itu sama saja perasaannya. Ada masa dia up, ada masa dia down. Sebab itu, kalau ada yang mahu meneruskan perjuangan yang tersisa, kena cakap sekuat  yang mungkin "SAYA BOLEH!!!!

Masih bersisa 1 tahun 3 bulan lagi untuk meneruskan perjuangan menyusukan Baby Zara dengan susu ibu. Dah semakin besar baby Zara kini tidak seperti dahulu asyik nak ngempeng je dengan mama, dia lebih gemar bermain, memanjat perabot, merangkak ke hulu hilir dan kurang minum EBM kat nursery. Makan pun kurang. Nasib baik tidur tak kurang. Yang paling suka nak tau apa? Paling suka bermain dengan si kakak Nayli. Berdekah-dekah gelak KAHKAHKAH.


Tak tau lah mama ape yang diorang gelakkan.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Cara Mudah Un-Block Facebook KAt Office

Nowadays Facebook ni macam dah jadi darah daging yang tak dapat dipisahkan. Alaa jangan nak nafi la korang pun samakan. HikHik.

BAnyak benda baik dan buruk kat FAcebook ni pandai-pandailah control. Alaa masing-masing dah besar takkan itu pun nak ajar.

Sekarang ni hidup saya di office lebih berseri-seri macam baru lepas makan Innershine sebab dah boleh online FAcebook kat office. Yeay!!!

Terima kasihlah lah kat my buddy pakar IT terkemuka chewaahhh sebab introduce kan saya dengan software ni. Alaaa bukan kena bayar pun boleh download kat En. Google tu.

JEng JEng Jeng. Ini dia

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Fully function kot cuma rasanya  takboleh upload pic. Yang lain semua ok! TApi sometimes datang dia punya sengal FAcebook tak boleh open. KAdang-kadang je lah.

Siapa yang takde kerja tu meh la chatting dengan saya sebab saya pun selalu takde kerja juga. Hiks! Mati kalau boss tau ni.


Nota kaki: Saya adalah pekerja yang rajin teww!! TAk percaya??

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, December 20, 2011

Akaun Nuffnang Dah 3 Digit

Dunia sekarang ni kalau nak cakap pasal nilai wang memanglah sedih. Seploh hengget dah takde makne lagi. Sengget lagilah. Giller nak masuk toilet kat KLCC 1st floor tu je pun dah 2 hengget ok. Kalau seposen toksah cakaplah gula-gula pun tak boleh beli.

Eh tapi saya masih bersyukur ke hadrat Illahi sebab dapat duit terpijak. Taklah banyak 3 angka je tapi happy tahap melampau betul sebab ianya adalah hasil dari kudrat saya berblogging selama 2 tahun. Eh 2 tahun tu ingat sekejap ke lama taewwww fenin kepala nak update belog hari-hari kat office. Bhahahaha.

First time tengok angka 3 digit kat akaun Nuffnang. Boleh la shopping beli Garret popcorn.


Macam gatal je nak tekan butang CASH OUT tapi tunggulah dulu banyak sikit lagipun ada BE yang tengah menari-nari lagi. 

Alhamdulillah syukur. YEay!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Bila TV9 Keluar Kisah PAsal Nama-Nama Anak Jin

Memang gempak kejap lah hati ini. Terkesima pun ada.

Selama saya hidup kat muka bumi ni baru first time dengar info macam ni. Sumpah sebelum ni saya memang tak tau jin ada nama.



Saya baru baca dekat facebook yang kalau boleh jangan namakan anak -anak kita dengan nama seperti di bawah Jeng Jeng Jeng:


1.qistina


2.batrisya


3. najwa


4. zakuan


5. erisya


6. balqis


Sebab apa tak boleh namakan anak kita dengan nama tue?? Sebab tue nama anak jin dan nama tue boleh datangkan penyakit misteri. OMEMMMJAYYYYYY!!!! Takut jugak HELP HELP.


Walaupun ada setengah orang yang berfikiran moden akan merasa benda ni lawak giller tapi pada pendapat saya sometimes kita kena dengar dan ambil pandangan orang lain jugak sebab dunia ni memang penuh dengan misteri Tuhan yang kebanyakannya kita tak mampu rungkai. Wallahualam.


Pernah tak dengar mengenai kenyataan, "sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia.." kita juga perlu hormat pendapat mereka yang arif dalam agama kecuali kita memang lebih banyak ilmu dari mereka.



Apepun info nie dapat dari Ustaz Sharhan Shafie. Apa kita dengar tak semua boleh percaya. Kena rujuk pada ustaz-ustaz lain juga, dari pelbagai sumber sebab tak semestinya dia ustaz semua apa yang dia cakap tue betul. Kan?

For info:


Ini benda yang saya baca tu keluar dalam TV:

Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama² berikut merupakan antara nama² anak Jin.. walaupun maknanya bagus.. kerana nama² ini boleh mendatangkan penyakit misteri..


1. Balqis


2. Qistina/Kistina


3. Najwa


4. Zakuan/Zaquan


5. Batrisya


6. Erisya


Jadi janganlah sesekali mengambil nama² diatas untuk nama anak² kita.


PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka² yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain.. sbgi contoh klu SITI NAJWA.. dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI.. ^^ 


Info lain pulak yang baru saya baca:


"Saya baru sahaja menghubungi Dato' Dr Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertentu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis sahaja yang elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran."


Uik????

Apepun saya cadangkan kalau korang nak tau cerita sebenar contact  Ustaz Sharhan Shafie  cuba tanya dia sendiri. Dia mmg tau byk pasal hadis and tafsir Quran. Nanti kalau dorang dah bagi jawapan post la kt sini ok.


*yelah, nak letak nama anak pun kena fikir 1001 jugak. 


Sharing is caring


Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Monday, December 19, 2011

Teman Baik Nayli Ialah Robot

Happy Monday blues peeps!

Alah weekend dah berjalan sakan lagi nak Monday blues ye? HikHik.

Standardlah kalau ada anak perempuan mesti orang selalu cakap, 

"eeee bestnye boleh beli baju cantik-mantik!"

"eeee bestnye boleh beli accesories pinky banyak-banyak!"

"eee bestnye boleh beli dolls banyak-banyak!"



dicedok dari Google

                                                                                                dicedok dari Google
dicedok dari Google

Yaa ke??

Rambut sama hitam hati kanak-kanak lain-lain. 

Actually papa & mama Nayli dah lame tak beli dolls yang santek-santek untuk NAyli. Sebab....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Nayli suka sangat dengan robot. Kalau Nayli panggil robot jadik obottttt. Bunyi 'R' dah hilang. Lepas tu suka tengok cartoon yang ada robot.

"Maaa, obottt shleeep. Maaa, obottt nak ucuuuu. Maaa, obott nommmm". 
(Nayli cuba bagitau mama yang robot nak sleep, nak susu dengan nak minum)

Dodoilah dodol, eh dodol pulak sengal betul aku ni hihi robot jangan menangis. zzzzzzzz

Mama suruh Nayli tidur, dia suruh robot pulak tidur.


Tu belum suruh Nayli makan, habis dia suruh robot makan.

Kalau suruh Nayli mandi, Nayli main dengan adik Zara, Nayli kemas baju. Haishhhhh konpem dia suruh robot buat jugak.

Kalau adik Zara kacau robot, siaplah. Konpem terjadinya tarik menarik yang hebat. Mana boleh kacau robot Nayli. Adik Zara pun nowadays sangat hyper. Jangan main-main, dah pandai tunjuk dia tengah marah dengan jerit. Dah pandai melawan kalau kakak buli. Kalau jerit tak jalan. Nangis uwaaaaaaa. Yelah budak kicit pun ada perasaan jugak kan.

Sebenarnya robot tu dapat free sebab isi minyak dulu ada promosi ape ntah. BEst jugak tak suka dolls. Kalau jalan-jalan shopping mall tetibe NAyli suruh beli Barbie dolls cemane? Ingat dolls murah ke haa? Mama mode kedekut. Hihihi.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!




Sunday, December 18, 2011

Bersukaria Di Bubba Gump Shrimp Co. The Curve

Semalam kami dinner di sini. First time ok. Lately dinner semua yang berat je. Baru orang puji nampak kurus sekarang dah demox balik. Haiyaaa padayappa.

Seperti yang anda lihat mestilah boleh agak restoran ni banyak jual ape kan.........


Ya ya ya shrimp! Kalau nak panggil prawn boleh jugak. Nak panggil udang pun boleh. Hiks!

Restoran ni berasaskan filem Forrest Gump ala yang dibintangi oleh Tom Hanks tu dan kita boleh melihat banyak konsep Forrest Gump kat sekeliling. Meja agak kecik ala-ala meja pingpong eh raket pingpong pun ada teww dan agak penuh dengan barang macam bekas kaler perak untuk menyimpan sos cili & tomato, untuk kami anak beranak 4 orang ni memang havoc-lah. Giler beb sekali Nayli memanjat lepastu ajak baby Zara pulak join panjat dah haru biru habis barang-barang atas meja melantun sana sini buat malu jeww teww. Awww.

Skrin LCD yang 24 jam tunjuk movie Forrest Gump.




Nak makan ape, nak minum ape list menu kat raket ping pong.



My first impression on Bubba Gumpe The Curve was very positive. Staff were very alert & took time to explain their modus operandi , since it was our first time there. Very unique concept i loike. Untuk memanggil pelayan kita boleh menunjukkan papan tanda kaler merah fulamak jakun kejap.

STOP FORREST STOP

Kalau semuanya ok nak makan tanpa gangguan sila tunjukkan papan tanda macam budak kicik kat bawah yang tak sabar-sabar nak isi perut.

RUN FORREST RUN




Hidangan makanan memang sedap, terdapat banyak lemon. Berbaloi lah dengan harganya yang agak mahal. Minuman rasberrry smoothy memang sangat yummylicious. Mango sparkler sangat sesuai hilangkan dahaga. Nama je makan 2 adults tapi mentekadarah tak ingat konpem tambah 10kg lepasni. Salmon, chicken, beef macam-macam ada. Macam-macam ada dipanggil menu 1Malaysia.







Yang ni special sikit. Set ni ada isi ikan, udang & ekor lobster. Tak dapat makan lobster ekor lobster pun jadiklah. Tapi memang sedap. Semuanya digoreng garing. Rangup dan terbaik.




Last but not least bagi melengkapkan program menambahkan 10kg berat badan. Chocolate chip sundae cookie yang sangat banyak dan sangat manis macam gula tebu + gula melaka + gula batu.



Banyak tak kitorang makan? Yaaa makan untuk hidup. Yeay!!

Menghabiskan masa makan yang sangat panjang sebab baby Zara tidur lepas adegan panjat memanjat masa memula sampai sini tadi, mungkin dah penat. Sampai waiter dah angkat pinggan pun tak reti bangun jugak. Orang dah bagi signal suruh bangun tak paham lagi ke haaa? Hiks!

Sleep tite baby Zara. Good girl.



Nasib baik ada pencil color. Boleh la yang si kakak ni bertenang sikit. Pheww. Kalau tak hyper active betul. Eh anak-anak saya memang semua jenis hyper active-lah, tak reti duduk diam. Panjat, lompat dan yeay tebabooooo, dimana-mana.



Alhamdulillah murah rezeki boleh datang lagi jika dompet penuh. Sampai je rumah terus carik CD nak tengok movie Forrest Gump. KAHKAHKAH. yeay!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Saturday, December 17, 2011

Kidzania The Curve, Realiti Bandar Untuk Kanak-Kanak

Bayangkan replika bandar yang sebenar yang dilengkapi dengan bangunan, kedai-kedai, teater, jalan serta perniagaan dan perkhidmatan, yang dibuat dan dikendalikan oleh kanak-kanak.


Replika saiz kanak-kanak bandar yang sebenar tidak lama lagi akan menjadi kenyataan di Kuala Lumpur sebagai Taman tema tertutup dan pendidikan yang terkenal, KidZania, The Curve. Yeay!

KidZania Kuala Lumpur akan terletak di Mutiara Damansara di sebuah bangunan baru tujuh tingkat bertentangan dengan The Curve.

Di taman tema ini, kanak-kanak berusia antara 2 hingga 12 tahun, akan belajar tentang dunia dewasa kerana mereka yang terlibat akan dalam lakonan serta lebih 100 aktiviti di lebih 55 pertubuhan.


Kanak-kanak akan belajar tentang nilai wang seperti yang mereka bayar untuk barangan yang selalu makbapak je bayar  dan perkhidmatan dengan KidZos mata wang KidZania dan memilih sehingga 100 pekerjaan termasuk sebagai juruterbang, pengacara televisyen, pakar bedah, chef, bomba dan polis dan banyak lagilah.

Ketika membuka akaun di bank pulak, kanak-kanak akan menerima kad tunai sebenar yang perlu digunakan di ATM di KidZania. Ia juga mempunyai sistem keselamatan yang moden dan pelawat perlu memakai gelang keselamatan yang boleh mengesan lokasi kanak-kanak itu yelah kang anak hilang naya je.

Antara yang ada di Kidzania, The Curve piccas exclusive panas panas panassssss!

Cell Phone Shop




Construction Site




Kilang Mencetak Suratkhabar




TV Studio




Immigration Office




Window washing teringat movie Cuci Hans Isaac tu pulekk hihihi



Pada masa ini, bayaran masuk / harga tiket belum disahkan 100% tetapi rasanya yuran dikatakan akan ditetapkan pada RM50.00 kanak-kanak sekali masuk. Walau bagaimanapun penilaian dari dalam KidZania Jakarta, harga terdapat di sekitar AS $ 12-AS $ 13 (RM36-RM39) untuk kanak-kanak, manakala untuk dewasa membayar harga yang lebih rendah kira-kira AS$ 9 (RM27) teman anak je bukan boleh main pun. Kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam 60 aktiviti lebih lima jam.


Laaa dah macam wartawan pulak asyik cerita pasal Kidzania The Curve je mentang-mentang kerja dengan company buat benda ni. Hiks!


Lagi cerita pasal Kidzania, The Curve.

Sekian


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini.








 Yeay!