Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Tuesday, June 21, 2011

Lunch Terbaik For Today

Hajat di hati memang nak diet. Berat sangat dah rasa badan ni agaknya lagi berat dari anak gajah tau. Ahakss!

Tapi apakan daya. Hajat tinggal hajat je lah.

Sekali nafsu teringin nak makan melonjak-lonjak, memang tak dapat di kawal.

MAna lagi. Ikea lah mak datuk punyela jauh lunch sampai Ikea tu. Yeay!!! Apa yang special ye hari ni??



Arghh tak kisah la ape yang special pun, yang pastinya memang teringin sangat nak makan dua benda ni. Haa yelah saya sorang makan dua benda ni lah. Hiks! Laa sikit je, meatballs tu amik set yang ada 5pcs je.





Ada banyak pencuci mulut jugak. Tengok macam sedap. Bau pun sedap.



Tapi gerenti manis. Tak payahla. Banyak sangat makan dah ni. Obesiti pulak karang.

Burpsssss Alhamdulillah. Anda semua dah makan??

Anyway meatballs Ikea memang sooodappppp.Yeay!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Monday, June 20, 2011

Favourite Toy Kakak Nayli

Nayli adalah kanak-kanak riang ria yang tak suka tengok kartun. Pelik tak? Janganla pelik. Itulah Nayli. Banyak lagi perangai pelik dia yang anda tak tau. Hiks!

Upin Ipin?

Tom & Jerry?

Mickey Mouse & Friends?

Sorry la. Dun like. Wekk Wekkk. Kalau dia tengok pun adela dalam 10 seconds. Lepastu, buat benda lain pulak. Boring arghhhh.

Tapi dia suka tengok movie yang ada ramai kanak-kanak riang ria macam dia. Contohnya yang saya perasaan macam movie Rafeeq, Geng BAs Sekolah & Baby Genius kat Channel 611.

Iklan yang paling dia suka tengok? Mestilah iklan Dutch Lady tapi Nayli tak minum susu tepung Dutch Lady ok yang ada ramai kanak-kanak tengah melompat-lompat tolak word DHA. Perasan tak iklan tu?? Hiks!

Kalau nak cerita pasal toy pulak.

Yang dia suke semestinya yang battery operated sebab tak statik.

Tapi toy yang dia suke mesti mengalami nasib yang serupa. Makkk aii ganasnye anak dara ni.

Dulu toy ni boleh joget-joget tau. Tapi sekarang.... Sob Sob....



Kesian.

Samala jugak dengan yang ini. Dulu pun boleh joget-joget jugak sekarang dah tercabut kepala.



Kesian jugak.

Dia tak suka langsung dengan toy yang statik macam kat bawah ni. TAk bergerak, tak berbunyi tak main laaaa. Kesian. Terlantar sepi. Nahhhh. Main sendiri.

Toinkkkkk!!!!




Latest toy papa beli, lorry yang boleh bergerak & ada bunyi. Nett nettt nettt netttttt. Yeay!



Hopefully boleh tahan lamalah boleh turun temurun kat adik Zara pulak. Ingat harga toys sekarang murah-murah ke haaaa??? Dah sama dengan harga lipstick mama tau. Phewwwww.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Sunday, June 19, 2011

Si Shoppaholic in the Making

First time ok.



Jalan-jalan kat The Curve at nite. Biasa tengah-tengah hari buta pergi sini. Eh ok jugak boleh jalan-jalan kat The Street, takdela panas sangat. Kalau tak rasa macam matahari sejengkal je atas kepala.

Makan dululah sebelum ape-apepun. Pilihan hati, Hometown Kopitiam. Yeay!





Lepas tu baru lah acara wajib cuci mata! Hooyeah!

Erksss Ewahhh Ewah!!!




Sekarang ni bukan mama je yang cuci mata, budak kecit Nayli tu pun nak join jugak. Yahoo ada geng.

Mama sibuk pillih baju, dia pun sibuk jugak pilih baju lepas tu mulut tot tet tot tet.

Nah mama NAyli nak yang ini. Yeay! 
Aiyooooo macam mana ni purse mama tinggal sengget je. Hahahahaha!




Nasib baik ada si kakak tolong tengokkan si adik jap. Bila mama tengok dari jauh perasan jugak bila suruh Nayli tengokkan adik, dia berdiri je la kat tepi stroller sampai mama datang. Good sister yaww boleh diharap senangla akvititi mama untuk shopping nanti. Muahsss.




Ooooo baru tau rupanya kaki shopping macam mama jugak la ni. MAma borek anak rintik.

Sukala tu dapat jalan-jalan macam mama jugak. Hiks!


Nanti kita buat proposal kat papa jalan jauh sikit ye sebab anak-anak mama semua suka berjalan kan? Ni kAlau papa baca mesti pensan jap.  Hahahaha!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, June 17, 2011

Semua Nak Buat Sendiri

Semua benda nak buat sendiri sekarang ni.

Eksyen. Taknak orang tolong. Bila mama nak tolong tak bagi. Takpe buatla sendiri.

Yang mama geram bila dah buat, buat & buat tapi tak berjaya mesti menangis beria-ria. Ikut perangai siapa lah ni.

Oh janganlah begitu sayang. Not good ok. Cubalah sampai boleh.






Adik Zara tengok je...




Untuk info at last Nayli tak berjaya pakai sendiri seluar tu. Lepas tu apelagi menangis aku kiciwa laaaaaaaaaa kuang kuang kuang. Haishhhhh.


Apela kak Nayli ni.....




Cubala jadi cool macam adik Zara kan......


Yeay!!!!

Sekian.



Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

It's Friday Bebeh.


Bila sebut Friday je atau dalam erti kata lain hari Jumaaat mesti semua manusia di muka bumi ni happy. Kat office pun bila Friday mood nak bekerja dia lain sikit. Lebih santai, lebih pot pet pot pet. Opssssss.

Lebih lebih lagi untuk orang-orang yang bekerja macam saya. Happy la sebab  Saturday & Sunday cuti. Untuk orang yang tak kerja pun suka jugakkan. Nanti hubby bolehla bawa jenjalan kesana sini. Bolehlah rehat2, rileks2 dengan anak, dan segala macam aktiviti lagi.

Weekend ni saya happy sebab ditemani insan tersayang tapi weekend minggu depan kan kan kan kan..

OMG!!!!!! Tak suka. Biarlah lambat masa berlalu. Haissssh.

Nak tau sebab apa tak suka. Nantilah cerita. Nantilah ye. Memang tak suka sangat tewww. Sedih pun ada sikit. Sob Sob Sob dah nak nangis dah ni.

Haaa haa tak tau. Siapa buat. Nayli suka sangat buat macam ni tapi cakap dalam pelat dia lah. Comel giller!

Yeayy!!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, June 16, 2011

Selamatkah Anak-Anak Kita?


Biasanya bayi yang baru lahir sepatutnya membuang air besar beberapa kali dalam sehari selepas meyusu pada beberapa minggu pertama. Masa baby Zara baru lahir dulu memang kejap-kejap mesti tukar pampers. Dalam 4 minggu pertama, bayi sepatutnya membuang air besar 2 hingga 5 kali dengan najis yang lembut berbintil-bintil berwarna kekuningan dan berbau masam.
 
Kalau baby yang exclusive breastfeed tu ada najis hijau  kemungkinan besar pasal baby tu tidak dapat hind milk yang penuh dengan lemak So, setiap kali menyusukan baby, silalah bagi sampai breast tu kosong untuk pastikan baby dapat fore milk dan hind milk ataupun dalam bahasa melayunya susu awal & susu akhir. Kadang-kadang baby yang baru lahir kerap tertidur semasa menyusu jadi gerak-gerakkan la dagunya supaya ia bangun dan sambung menyusu.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang apabila seseorang bayi menghadapi keadaan kerap buang air besar, perhatikankan keadaan najisnya. Jika najisnya terlalu cair berkemungkinan dia mengalami cirit birit akibat tersalah makan (atau perubahan susu bagi baby yang minum formula milk). Periksa juga kedaan punggungnya, kerana jika terlalu kerap buang air besar, boleh menyebabkan punggungnya sedikit melecet. Bawalah anak berjumpa doktor kanak-kanak untuk memastikan keadaan bayi ok ke tak. Kalau tak alamat memang tak tidur malam la jaga baby sebab biasanya baby akan meragam teruk kalau punggungnya melecet. Mestilah sakit.

Menyusu baby dengan susu ibu & susu formula juga adalah sangat berbeza. Penggunaan susu formula kadangkala agak rumit untuk mendapatkan jenis yang sesuai untuk sesetengah bayi. Ini kerana pembuatannya adalah bukan semulajadi. Oleh itu, ibu terpaksalah melakukan kaedah cuba jaya sehingga menemui formula yang sesuai untuk bayi tersebut. Masa first time introduce Nayli pada formula milk dulu semasa umurnya 11 bulan saya beli susu NAN tapi Nayli mengalami masalah untuk buang air besar yang serius. Tak sempat habis setin tukar pada Lactogen 2 pulak. Alhamdulillah sampai sekarang ok.

Penggunaan susu soya biasanya dicadangkan apabila bayi menghadapi masalah alahan terhadap susu lembu. Ini kerana protin di dalam susu lembu (yang telah dicampurkan di dalam susu formula) adalah kurang bersesuaian dengan keperluan protin bagi sesetengah bayi. Oleh itu, bagi bayi sebegini, susu soya dapat membantu mengurangkan risiko alahan. Tapi tu lah, biasanya harga susu soya ni adalah lebih mahal.

Kalau bab makan pulak khusus untuk baby above 6 months,  nowadays stail pemakanan manusia moden yg  lebih byk makan makanan yg diproses yang mengandungi byk bhn penambah perisa dan bahan pengawet, malah makan makanan fresh pun belum tentu freshnya kerana penggunaan baja kimia dan bahan sintetik lain utk tumbesaran tumbuh2an dan haiwan;

MAKA KERANA ITULAH PADA SAYA, BIARLAH BADAN SAYA INI YG MENAPIS SEKALIAN "PENCEMARAN" PD MAKANAN ITU STAKAT YG TERMAMPU & HASIL MAKANAN YANG DITAPIS ITU KEMUDIANNYA BARULAH DISALURKAN PADA BABY ZARA MELALUI AIR SUSU IBUNYA.

Lebih selamat & tanpa was-was.

Untuk sistem tubuh anak yang berusia 2 tahun ke bawah yang belum matang atau stabil lagi sistem pencernaan / penghadaman / antibodi mereka, sebenarnya apakah solid food yang sesuai untuk mereka?

Please say NO pada segala bentuk makanan yang punya bahan pengawet, penambah rasa, perasa tiruan atau makanan ubahsuai genetik kepada anak-anak kita yang berumur 2 tahun ke bawah kerana sistem badan mereka masih lagi tidak matang. Kesian sistem penghadaman mereka terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk memproses makanan-makanan yang tak sepatutnya diberi pada mereka lagi.

Dan tentang makanan yang dimasak di rumah pun kalau kita selalu fikir apa yang kita masak adalah yang terbaik kalau yang beli tu jangan ceritalah ye cuba fikir tentang ini pula, contohnya apabila kita menggunakan sayur-sayuran yang banyak dijual di pasar-pasar sekarang ni pun mengandungi banyak racun serangga / chemical yang tak elok untuk kesihatan jangka panjang.

Soal beras pun satu hal jugak. Apatah lagi kalau menggunakan beras wangi yang konon-kononnya hebat. Betapa banyak racun serangga dan chemical lain yang digunakan untuk memastikan padi yang terhasil benar-benar menepati standard kualiti dan tidak didekati serangga perosak, juga kalau nak dikira tentang air yang digunakan untuk membasuh beras itu.Kalaulah hanya digunakan air paip yang mempunyai banyak kandungan klorin itu untuk membasuh beras, maka tidak takutkah kita...bla bla bla...

Jadi persoalannya adakah kita pasti bahawa bahan-bahan yang kita gunakan sewaktu memasak solid food untuk diberikan pada anak kita itu bebas dari segala bahan perosak yang termendap dalam makanan-makanan yang dikatakan banyak nutrient & penuh khasia itu? Segala bahan perosak itu memang kita takkan nampak kesannya dalam jangka pendek, tapi untuk KESAN JANGKA PANJANG...?

Kalau untuk manusia yang sudah kuat antibodi badannya, Insyaalllah sedikit sebanyak bahan-bahan perosak itu dapat disingkirkan oleh badan kita, tapi untuk seorang insan bergelar bayi? Pulak tu ada yang bagi baby mereka makan sebelum umur 6 bulan lagik. Kesiannya sistem badan mereka apabila dipaksa untuk melakukan kerja-kerja berat (penyingkiran toksin dan bahan merbahaya dari makanan) sedangkan sistem badan mereka baru sahaja nak berfungsi, baru sahaja hendak mengenal dunia. Kesiannya. Sob Sob.

Kalau nak difikir pasal benda-benda ni setahun pun tak habiskan. Hiks!

Sebab tu lah kita digalakkan melakukan penyusuan penuh sehingga 2 tahun kot.....

Wallahu'alam. Sekadar pendapat ngok ngek saya yang tak seberapa time nak balik kerja ni. Hehehehe.

Sekian


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay! Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, June 15, 2011

Penyusuan Ibu Menurut Islam

Today ada banyak masa so banyaklah benda yang boleh saya buat. Tertarik pada satu info yang saya baca di Penyusuan Ibu Menurut Islam

Jom kita share !!!

Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan penting dan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya. Jika si ibu tidak dapat menyusukan anaknya sendiri, adalah menjadi tanggungjawap si bapa mencarikan ibu susu untuk anaknya.

Ini jelas dinyatakan dalam Al-Quran dari firman Allah SWT yang bermaksud, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." (Surah Al-Baqarah, ayat 233).

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)

"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)

Dari ayat "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.", kita dapati pendirian seperti berikut:

1. Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.
2. Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. Ini jelas dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 233, seperti yang dinyatkan di atas.
3. Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.
4. Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga (wali/waris anak) harus mengambil-alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuk meneruskan penyusuan.
5. Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.
6. Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah orang lain untuk menyusukan bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang menyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu.

Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi. Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrum yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu. Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu dapat menjalinkan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga mempertingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan asal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.

PESANAN UNTUK KAUM BAPA

Ibu yang menyusu bayi sangat mengharapkan sokongan dan galakan anda. Sokonglah dia jika dia membuat keputusan untuk menyusu. Sebagai bapa, anda adalah orang yang paling penting dalam memberi sokongan dan bantuan kepada isteri. Menggalakkan isteri untuk menyusu sendiri adalah permulaan terbaik yang dapat anda berikan kepada bayi anda. Dorongan dan kesabaran anda akan mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan dan ini akan memberi didikan positif terhadap anak-anak anda secara tidak langsung. Di saat menimang cahaya mata baru inilah keadaan isteri anda cukup memerlukan anda. Sebagai ketua keluarga, anda perlu pastikan ahli-ahli keluarga yang lain turut memberi dorongan dan sokongan kepada isteri anda yang baru bersalin. Nenek, datuk dan ahli keluarga yang lain juga dapat membantu dengan cara begini:

1. Belajar mengenai penyusuan ibu susu ibu dengan berbincang dengan ibubapa yang pernah melaluinya.
2. Peringatkan ibu bahawa bulan pertama selepas kelahiran adalah masa untuk belajar mengenai penyusuan.
3. Galakkan ibu untuk berehat. Ibu yang menyusu perlukan keseimbangan diantara aktiviti dan rehat.
4. Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja seharian di rumah dan juga dalam penjagaan bayi.

Lindungi ibu dari mereka yang tidak bersetuju dengan penyusuan ibu. Perkara yang biasa didengar dan membuatkan para ibu rasa serba salah dalam usaha menyusukan bayi mereka adalah seperti:

1. adakah anda pasti susu anda mencukupi?
2. Kenapa bayi anda seringkali lapar?
3. Mungkin anda perlu memberinya susu botol/susu berformula

Berikan perhatian kepada anak-anak yang lain agar mereka tidak merasa tersisih. Cubalah mememahami tentang perubahan emosi yang dialami oleh wanita selepas kelahiran. Luahkan kata-kata perangsang untuk isteri seperti:

1. "Saya rasa lega awak dapat menyusu anak kita."
2. "Hari ini, biar saya saja yang masak."
3. "Tak sangka awak ni seorang ibu yang baik."
4. "Saya bangga bila tengok awak menyusu anak kita."
5. "Pergi lah berehat. Biar saya saja yang mandikan anak kita."

Bagi menjamin kejayaan menyusu:-

1. Dapatkan seberapa banyak maklumat mengenai penyusuan susu ibu sebelum kelahiran bayi anda.
2. Bincang dengan isteri mengenai perkara-perkara yang membolehkan anda membantunya. Cuba kurangkan beban kerja rumah, saling membantu dan saling memahami antara satu sama lain.

BEBERAPA PANDUAN UNTUK BAPA

Bayi yang menyusu susu ibu, biasanya kurang mengalami masalah seperti berikut:-

1. Alahan
2. sakit telinga (otitis media)
3. kerap sakit teruk dan dimasukkan ke hospital
4. cirit birit dan sembelit
5. kerosakan gigi.

Ini bererti anda:

1. tidak perlu kerap berjumpa doktor
2. menjimatkan wang perbelanjaan keluarga
3. mempunyai masa yang terluang untuk diri sendiri dan keluarga
4. adalah lebih mudah dan tenang untuk menjaga bayi yang sihat

Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk anak anda kerana:

1. Susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi
2. Susu ibu berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
3. Susu ibu lebih mudah dihadam.
4. Najis bayi menyusu susu ibu lebih lembut dan kurang berbau.
5. Susu ibu melindungi bayi daripada bakteria dan jangkitan lain.

Walalhualam.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Nasib Baik Ada Si Tukang Perabiskan Stok

Pejam celik pejam celik baby Zara dah 3 bulan. Seiring dengan usianya jugak tetibe teringat pulak stock frozen EBM.

Untuk info, kalau simpan frozen EBM kat fridge 2 tingkat belah atas boleh tahan dalam 3 bulan je. So apelagi terhegeh-hegeh la saya nak menghabiskan frozen EBM ni. Dah 3 bulan dah, dah nak expired dah ok. Start pam dulu bulan 3 now dah bulan 6. Frozen EBM ni memang duduk terperap je lah dalam fridge. Saya tak rotate frozen EBM ni sebab everyday saya akan bekalkan fresh EBM untuk baby Zara, meaning apa yang perah semalam akan saya bekalkan kat baby Zara hari ini. Planning saya frozen EBM ni saya akan guna bila waktu emergency case je. Contohnya bila saya demam or sakit dan tak dapat nak perah macam biasa or bila saya kena pergi outstation tinggalkan baby Zara. Haisssshh mintak simpang.

Semua stok EBM bulan 3 telah diturunkan secara berama-ramai untuk di cairkan.




Alhamdulillah, rezeki baby Zara masih ada.




Semoga berkekalan sampai bila - bila.




Frozen EBM yang keras, penuh & padat!!

Saya simpan semua botol penuh sebab tak cukup space kat fridge so bila dah mengeras jadik macam ni lah.

Dah macam nak melimpah ruah!!




Nak tau siapa yang jadi tukang menghabiskan frozen EBM tu??

Dia ni lah.




Walaupun NAyli rejected untuk direct breastfeed dengan saya, tapi dia tak rejected kalau saya bagi frozen EBM ni. Nasib baik. 

Kalau tak dah sah sah kena buang stok EBM yang dah nak expired tu Huk Huk Huk. Sayangnya bukan senang tau nak buat semua ni harapkan semangat yang tinggi je lah.

I'm proud to be a milk factory to my doter. Yeay!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Baby Zara 3 Month Immunisation Shot

Semalam ada appoinment check up for baby Zara. Untuk 3 bulan punya.

So awal-awal pagi dah keluar sebab appoinment at 9am. Kak Nayli awal-awal telah di hantar ke skool before kami pergi klinik. Lainla masa last month Nayli check up jugak so boleh bawa dia sekali. Sebab utama saja tinggalkan Nayli kat skool dulu??? Nak tau tak?? Saja sebab dia tak reti nak duduk diam nanti. Lari sana lari sini. Malas papa & mama nak main kejar-kejar. Hehehehe.

NExt check up Nayli adalah masa dia 21 months nanti. Ingat lagi dulu masa check up for 1 month baby Zara pergi dengan wan. Now pergi dengan mama & papa pulak. Oh papa & mama kerja hari ni juga cuma masuk office lambat sikit lah.

Oh tutup mata. Sensored lah!!! NAsib baik ada pumpkin.



Yahoo naik 500g from last month. Lepas dah timbang berat, ukur panjang pulak. Ok baring tegak-tegak ye sayang.



Baby Zara: 3 months update : weight 6kg, length 62.5 cm

Last but not least. Haiyaaa.

Part ni yang ngeri sikit. Immunisation shot for 3 month. 

Macam biasalah, papa yang tolong pegang mama penakut giller. Hahahaahha!




Yeay!!! Dah settle.

Cool je baby Zara. Kene jab pun tak nangis.




Appoinment for next month pulak.

Yang red-red color tu semua dah full. Ramainye nak check-up baby jugak.



Nasib ada belah pagi. Kalau afternoon kena ambil cuti la pulak. See you next month, doc!!! Alhamdulillah until now baby Zara tak menunjukkan tanda-tanda demam panas meskipun awal-awal nurse dah bagi ubat demam & suruh bagi kat baby Zara. Tapi saya tak bagi pun lagi.

Ubat demam diberi bila baby demam, bukan diberi sebelum baby demam kan? Itulah info sebetulnya yang saya faham.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Monday, June 13, 2011

Rilex Dengan Nayli

Today im not working. Saje nak rilex-rilex tapi takde la rilex pun sangat. Hiks!

Pagi-pagi lagi papa dah hantar baby Zara pergi skool tapi Nayli stay dengan mama ok. Hari ni ada misi baikk punya dengan budak kicitt tu.

Saja nak temankan budak kicit tu main-main. Sebab bila naik kereta nampak playground asyik terjerit & terlompat nak main jugak. KEsian anak mama ye.

This the way I like it. Ahaa ahaaaaaa.....

Kitorang tak makan kat MC'D tapi cuma main kat playland MC'D je. Boleh tak macam tu? Hehe. MAsa Nayli main mama apelagi layan WIFI MC'D la takkan mama nak main sama pulak. Hiks!

Ingat lagi dulu-dulu lepas panjat tangga bila lalu kat sini merangkak je.. Sekarang dah berjalan dengan confident. Cover pewot tu sikit sayang!




Lepas tu ingat lagi, dulu bila nak turun gelungsur tak boleh turun sendiri, kena mama pegang. Tapi sekarang dah boleh. Yeay!!!!




Are you ready ???




One, two... Vrommmmmm!




Berjaya!! One more time ok !




Seronok dapat main gelunsur ye. Nanti adik Zara dah besar sikit Nayli bolehla main dengan adik. Time tu Nayli jaga adik pulak ye.




Kalau dah boleh main sendiri senangla mama, next time datang sini bolehla makan Big Mac ke, Mc Chicken ke tanpa gangguan kan kan kan. Hiks!

Oklah jom la balik sayang. Dari tak hujan, lepas tu hujan, lepastu hujan dah berhenti kita duduk kat sini je dah la tak beli apa-apa.

Ermss tapi  part ni memang Nayli tak pass lagi. Puas dah mama ajar.


Asal pakai je mesti terbalik. Yang kiri ke kanan, kanan ke kiri. Alahai.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!