Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Wednesday, December 15, 2010

Muka Comel Little JR.

Nak tengok muka Little JR. a.k.a Nayli JR. tak????

Jomsssss. Saye pun tak sabar nak tengok.

Sebab tak sabar sangat nak tengok muka buah hati pengarang jantung saye yang no. 2 ni, so today saye pergi sini. Nak buat scan 3D/4D. Kat Vission College kat Kelana Jaya.

Sebab utama buat kat sini adalah murah. Kat sini kalau nak buat scan 3D/4D cuma RM90 je. Eh itu pun dah mahal la. Last year buat scan 3D/4D untuk Nayli cuma RM60 je. Tapi tempat lain mesti lagi mahal kan. Alaa tak kisahla claim je nanti. Ngeheeee.

Saye & Enchek Husband pergi sini. Alaa kat Kelana JAya je. Perasan tak building ni kat belakang Giant besar tu.




Tapi rupanya tanpa disangka dah berpindah kat tempat lain. Tapi still dekat situ2 jugakla, kat area belakang Giant besar tu. Nasib Enchek Husband expert area2 sini.

Sekarang dah terletak kat sini.





Yahooo! Dah sampai. Register dulu.




Jom tengok little JR. Pemalu tau. Sama macam Nayli dulu2 mase dalam perut. Tangan asyik letak kat muka je. Puasla ketuk2 perut ni bagi dia alihkan tangan & gerak2 sikit.






Haaa ok dah nampai muka dah sikit. Tu pun tangan still kat muka jugak. Little JR. tengah tidur. Lena je tidur. Ade jugak nampak dia tengah menguap tapi tak sempat nak snap pic. Comel. Eh sape lagik comel ni, Nayli ke Little JR.?




Lagik.




Banyak lagi piccas little JR. dengan pelbagai aksi tapi malas nak upload. Hiks!

Anyway sape2 nak buat scan 3D/4D kat sini kena buat mase 26w - 30w je. Sebelum buat kene call untuk booking dulu. Available on weekdays je. Weekend takde ok. Nanti diorang akan bagi CD sekali sebagai kenang-kenangan.

Alhamdulillah Little JR. nampak cukup sifat. Jari kaki ade 10, jari tangan ada 10, jantung semua nampak ok dan yang paling penting memang confirm sangat-sangatla baby girl.

Nak tau muka Nayli & Little JR, sama tak mase dalam perut? Jom click kat SINI tengok muka Nayli mase dalam perut dulu. Hiks!

Minggu ni dah 29w. Nak masuk last trimester. Yabedabedu. Makin berdebar. Dub Dab Dub Dab. Kalau duduk sebelah saye mesti boleh dengar denyutan jantung saye. Hiks!

Sekian.

Sunday, December 12, 2010

Pagi Ahad Yang Best

Hari Ahad budak kicit nama NAyli bangun awal. Pagi ni nak pergi jalan2. Biasanye hari Ahad bangun lambat. Mesti NAyli pelik kan kan kan. Hiks!

Isk Isk tengok ape tu sayang??




Aksi dalam kereta.

Dilarang meniru aksi yang berbahaya ini ok.

Nayli memang taknak duduk diam dalam kereta. Semuanya bergantung pada mood dia. KAdang2 nak duduk dalam car seat. Kadang2 nak duduk dekat mama. KAdang2 nak duduk dekat papa. Eh jangan disturb papa tengah drive tu la.




So papa pun kenala bawa kereta sambil pegang NAyli. Ouhhh bahaya sungguh. Takpe, papa adalah pemandu yang sangat expert. Yeay!

Kami nak pergi sinila. Pasar Pagi Shah alam. Kat Stadium Seksyen 13 tu. Altho plan nak pergi pagi2, gedebak gedebuk sampai pun dah nak tengahari gak la. Ouhh agak panas di sini.





Nayli yang rambang mata macam mama dia jugak. Macam2 ada dijual kat sini.





Memula Nayli nak duduk dalam stroller. Tak sampai setengah jam dah mogok nak jalan pulak.





 Untuk membolehkan Nayli duduk gak dalam stroller papa beli ni.




Patung yang operate pakai battery, boleh joget2 montot, ada lampu lip lap, ade music twinkle twinkle little star & boleh goyang2 kan kepala. Asyik nye dia tengok.

Baru kejap je jalan dah lapar. Memandangkan pasar ni bersebelahan je dengan Giant Seksyen 13, so ape lagi terusla ke sana untuk menjamu perut. Fuhh sangatla lega bila sampai Giant. Sejuk sikit. Isk Isk lainkali nak pergi Pasar Pagi ni silalah pergi awal pagi ok. Ni mama Nayli punye pasal la bangun lambat. Hiks!

Altho Prosperity Burger baru keluar tapi Big mac jugak la pilihan hati. Nyum Nyum. Bismillah.




Nayli makan ni. Ewah ewah. Bila saye suapkan bubur nasi yang saye masak nak bukak mulut pun sikit punye susah. Tapi bila makan bubur ayam Mc'D ni, sepantas kilat dia bukak mulut. Oh nampak sangat bubur yang mama masak tak sedap ye.




Kat dalam Giant pun Nayli rambang mata jugak. Papa & mama sibuk tengok barang, Nayli pun sibuk tengok barang jugak.

Eh nak ketuk sape pulak tu???





Sekarang Nayli makin bijak. Bila nampak toys dah taknak gerak pergi tempat lain mata pun pandang situ je. Bila orang panggil siap geleng2 kepala tak nak ikut. Kiranya macam nak bagitau kat papa & mama yang Nayli nak toy ni, Nayli nak toy ni jugak. HukHuk. Oh Oh Oh. Itu tidak bagus ye sayang. Nanti mama taknak bawa keluar jalan2 lagik baru tau.

Makin bijak.


Sekian

Masa Untuk Diri Sendiri

Bila dah anak ni, life memang totally different dari bujang dulu. Memang la kan. Dulu mase bujang fikir untuk diri sendiri je. Nak pergi mane, ke sini sane zassssss je. Tapi sekarang dah bertiga sibuk la sikit. Tak lama lagik dah berempat lagikla. Lalalalalalaa~ Opsss tak payah la nak fikir jauh sangat ye. Just go with the flow. Mesti ok je.

So bile saye ambil cuti tak kerja & hantar Nayli ke nursery saye pun tak lepaskan peluang la. Yeay!

Memula pergi sini.




Bagus service kat sini. Trim & cuci rambut. Alangkah nikmatnye bila ada orang urut2, belai2 kepala. Rambut harus dipotong sebab dah panjang sangat. Banyak gugur pulak tu.Nanti dah bersalin mesti lagik banyak gugur kan.

Baru lepas cuci rambut. Ngeheeeeee.




Warghhhhhh syoknye bila boleh rilexs sambil diurut2 kepala. Mata pun rasa macam nak terlelap je.

Lepas tu pergi sini. Cuci-cuci time. Kali ni gigi pulak. Yabedabedu!




Doc HAniza ni memang bagus. Saye tersangatla suka pergi sini. Dulu every 6 months mesti singgah sini. Tapi sekarang rasenye dah dekat 10 bulan tak singgah. Oh tidakkk asyik lupa je. Sekarang ni kadang2 gigi terasa macam ngilu tapi doc cakap gigi ok takde masalah. Biasala time preggy memang rase macamtu. Its all about hormon. So tiada aktiviti cabut or tampal gigi berlaku, cuma cuci sajela.

Last sekali saye pergi sini. Check up untuk little JR.. Actually every month saye check kat Klinik Kesihatan tapi kadang2 check up kat sini untuk scan dan dapatkan extra pil mulvitamin seperti pil kalsium & fish oil. Sebab kat klinik Kesihatan tu bukan every visit akan scan & biasenye akan bagi obimin je.




Alhamdulillah baby in good condition. So far tengok takde masalah. Jantung pun ok. Berat dah 1.2kg dan doc kata besar kemungkinan its a girl. Hiks! Nayli dapat adik perempuan la alamatnye recycle baju Nayli je la balik. Ngeheeee. Tak kisah la janji baby sihat dah cukup sifat Alhamdulillah. Next year try untuk baby boy pulak ye. Hiks! Setahun sorang. Hihihihi~

Ingat nak singgah pergi buat facial pulak tapi dah tak sempat. Bila settle aktiviti2 di atas hari pun dah petang. Kena ambil Nayli kat skool. Takpela next time je lah pergi. Bestnye sekali sekala dapat memanjakan diri sendiri kan. Syokkkk wooo. Tak percaya?? Cubalah.

Sekian.

Friday, December 10, 2010

Hilang Tak Tau Ke Mana

Today ade misi. Nak settlekan misi yang tertangguh. Hari ni tak kerja. Tapi pagi2 mase nak keluar dah hantar Nayli pergi skoll. Sorryla sayang. Kalau Nayli duduk dengan mama alamatnye tertangguhla lagik misi ni. Sebenarnye nak pergi buat buku ASW 2020 yang baru sebab yang lame nye dah hilang. Tulah careless sangat padan muka dah hilang. Nak buat buku baru tu sangatla penat. Nak tau kenapa penat sebab banyak la gak prosidurnye. Terpaksa la pergi Shah Alam. No choice. Alaaa kat Bangunan Umno Seksyen 11 tu.

Jalan pergi Shah Alam pun saye dah ingat2 lupe. Dulu adalah 3 tahun tinggal kat Shah Alam. Tapi sekarang Shah Alam dah lain. Eh macam mane nak pergi Seksyen 11 ni ye???



Last2 nasib baik jumpe tempat yang di tuju. Yeay!

Dah park kereta then lalu kat depan bangunan tetibe nampak KWSP. Oh tanpa membuang mase saje2 je lah nak check dah berapa caruman saye. Alang2 dah ada depan mata. Sekarang senang tak payah beratur kat kaunter. Ade banyak kiosk yang disediakan.





Cuma masukkan I/C dan letakkan ibu jari pada mesin tu, dah boleh semak akaun. Senang kan???

Siap dapat printed macam ni.





Boleh la check sama ada majikan ade buat caruman untuk staff ke tak.

Eh eh actually bukan nak pergi atau cerita pasal KWSP ni, tapi nak buat benda lainla.

Nak pergi sinilaaa. Semuanya ada kat building yang same je. Dekat2 je semua.




Buku lame dah hilang kene buat baru kat sini. Haaa amik. Punyela banyak form kena isi. Saye bab2 menulis ni memang kureng sikit. Aduss malasnye nak isi. HukHuk.




Lepas tu kena beli duti setem RM10 kat Pesuruhjaya Sumpah. Semuanya ada dekat2 blok building ni gak. Terkejar2 la jugak dengan perut yang makin memboyot ke depan. Tu belum cerita nak kene cari kedai fotostat sebab nak fotostat I/C. Woot Woot.



Alang2 tengah buat buku baru saje je saye nak buat auto deduction salary every month terus ke akaun ASW2020. Malangnye ASW2020 tak boleh buat macam ni. Akaun ASB je boleh. OOOO macam tu ye. Kenapa macam tu ye.??? So nak tak nak saye pun bukak la akaun ASB yang baru untuk membolehkan saye buat auto deduction salary saye every month. Tapi ok gak kot ASB ni sebab staff tu kate dividen ASB lagik tinggi dari ASW2020. Ooo macam tu ceritanye ye???

Nak bukak akaun baru. Kena isi form lagik. Aiseehhh.





Yeay! Dah ade 2 buku.




Lepas ni silalah jaga harta benda sendiri bebaik ye. Jangan hilang2 lagik ye. Huk Huk. Penat jugakla terkejar ke sana sini. Tobattttt.

Lepas settle semua terus balik rumah. Penatnye. Memang penat.

Sekian.

Makan Itu dan Ini

Nayli dan besar dan makin bijak. Makan pun nak pilih2. Itu nak, ini taknak, itu mahu, itu tidak mahu. Ayoyoyoyo pening gak. Hiks! Anyway Nayli tetap kena makan. Takkan tak makan asyik minum susu je. Betoi tak???

Puasla fikir mcm mane la nak bagi Nayli suke makan macam dulu2.. Ini baru nampak bubur nasi pun dah mencebik. Kalau masuk dalam mulut lagikla confirm dia keluarkan balik.

Setelah cuba itu cuba ini, saye tau Nayli suke makan mcm mane. Sekarang saye selalu sediakan makanan Nayli mcm ni. Hopefully lama la dia nak makan mcm ni. KAlau tak mama kene fikir alternatif lain laaaa pulak macam mana nak bagi Nayli makan.





Colorful & macam-macam ada.

Tengokla tangan kecit yang cepat je nak capai food dalam pinggan ni. Makan la ape2 sayang janji Nayli nak makan. Kene makan tau baru boleh besar macam mama.





Macam2 ada dalam pinggan ni. Sosej, fishball, labu & betik. Dalam erti kata lain tengokla ape yang ade dalam fridge. Semua food ni saye rebus sampai lembut.

Budak kicit yang tengah makan. Syhhhhhhhh. Jangan kacau. Nanti hilang pulak mood nak makan.




Baju kotor sebab makan usahlah dikomen ye. Sebab mama dia memang tak reti nak pakaikan bib kat NAyli mase makan. Selalu lupa~!!! aisehhhhhhh.





Bila dah kenyang......






macamni la muke seronotttttttttttttttt dia. Perut dah kenyang. Hati pun senang. Hiks!

Macam-macam. Kelakar tengok telatah budak kicit yang lame lagi nak dapat adik. Be a good sis ok! Muaxxxx.

Muka sis wannabe. Tak sampai 3 bulan lagik tau sayang, Are u ready?????????? Ngeheeee. Mama & papa dah tak sabar sangat-sangat dah ni.



Nayli pun kena sayang adik jugak nanti ye.

Sekian.

Saturday, December 4, 2010

Sudah 13 Bulan

Budak yang dah makin besar, besar & besar. Sudah 13 bulan. Atau 1 tahun 1 bulan.



Gigi ade berape yek??? Ermpsss tak perasan pulak saye. 6 batang kot. 4 atas & 2 bawah.

Cakkkkk! Eh senyum kat siapa tu??




Gelagat pun makin macam-macam.

Yang ni paling suka. Pantang nampak mesti nak selongkar. Takde ape2 dah dalam tu. Mama dah pokai la sayang. Hiks!



Makan pun makin macam2.

Susah nak bagi dia makan bubur nasi sekarang ni. Kalau nak bagi makan bubur nasi macam nak pergi berperang. Hiks! Bersepah nasi satu rumah. Kejap nak, kejap habis Nayli baling bubur nasi kat lantai. Iskk sabar. Sabar. Maka nak tak nak, operasi sapu rumah haruslah dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Suka makan ni.





Haaa betul tak saye kate perangai makin macam-macam. Isk Isk. Suka pulak makan sosej. Ikut selera minah salleh mana la ni. Hehe.

Tak kisahla janji Nayli nak makan ye. Sosej ni biasenye saye rebus sampai lembut untuk NAyli.

Nayli dah 1 tahun 1 bulan.

Little JR. dah 28w. Semuanya sangat cepat & pantas.

Semoga semuanya dipermudahkan. Yeay!

Altho Nayli dah nak ada adik, mama sangat cayanggggggggggggggg kat NAyli jugak tau. Muaxxxxx!!

1 jiwa 1 hati.




Sama tak muka NAyli & mama dia?????? Sama tak? Sama tak?

Sama tapi tak serupa.

Sekian.

Tuesday, November 30, 2010

Little JR. Dah 27w

Meh cerita perkembangan little jr.

Alhamdulillah dah 27w. 27w tu dah kira nak masuk 7 bulan la. Wah lebih kurang 2 bulan setengah je lagik. Yeay!

Seperti biase pergi montly check-up.

Macam biase everything harus diperiksa. Periksa itulah, inilah, kandungan gula dalam air kencing & tekanan darah sebab preggy mom ni tinggi risiko nak kena kencng manis & darah tinggi. Periksa ape lagik ye? Oh hemoglobin & macam2 lagikla. Okla tu. Precaution.

Kat sini para saintis yang sedang memeriksa contoh kandungan darah & air kencing yang diambil. Hiks!






Inilah hasilnye. Alhamdulillah semuanya ok-ok saja. Takde yang tak ok melainkan semuanya ok. Best-Best.





Kena juga injection untuk kancing gigi. Fuhh boleh tahan sakit gak altho dulu dah pernah kena. Lemah longlai kejap terasa tanganku ini. HukHuk.

Next check up.




Memule dulu once a month. Lepas tu every 3 weeks. Lepas tu lagik every 2 weeks. Last sekali di hujung2 kehamilan once week pulak.

Isk Isk cepatnye mase berlalu. Nervous pulak! Dah tak lama lagi little JR. nak keluar!!!!! Insyallah.

Yang penting dapat ni. Yeay!






Masuk office lambat memang best. Kan? Kan? Kan? Siapa yang cakap tak best tu tipula. Hehe.

Sekian.

Sunday, November 28, 2010

Bersiar di Petang Ahad

Marilah berjalan di petang Ahad. Oh kali ni nak berjalan pergi mana ye? Dekat2 sudahla ye. Papa & Mama cakap sekarang ni need more rest ok sebab hujung2 tahun ni sangatla sibuk di tempat kerja. Opssss...

Nayli, nak pergi mana ni? Lorhhh tengah makan rupenye. Makan ape ni????





Kami bertiga pergi One Utama. Tempat yang paling senang nak pergi sebab dekat dengan rumah. Saje jalan2. Sebab pergi pun dah tengahari, singgah lunch disini dulu. Yeay! Alaaa mama Nayli tu saje je carik alasan nak keluar tengahari sebab malas nak masak la tu. Ngeheeeeee.



Peranakan tu ape ye?? Haa inilah al-kisahnye. Baru saye tau.




Nayli nak order ape ni? Asyik pandang kiri kanan tengok orang je.






Penghilang dahaga haruslah sampai dulu. Sangatlah dahaga ok.





Saye order ni. Nyum Nyum. Tak tau nak order ape, Sebab tak tau ape yang special kat sini. Jarang makan kat sini. Tapi Enchek Husband suke makan & lepak sini. Selesa katanya.




Food dia boleh tahan la. Untuk orang macam saya yang tolak batu & kayu je memang takde hal sangat bab-bab2 food ni. Saya memang tak cerewet bab2 makanan ni. Betul. Tapi kalau diberi pilihan saye suke makan makanan yang pedas. Baru ada Umphhhhhhhh.


Budak kicit yang sibuk nak shopping-mopping gak. Eh tak berat ke angkat benda tu sayang? Dah nak sama besar dengan Nayli. Hiks!




Since dah dapat kaki ni memang asyik nak jalan je. Jalan pulak tak pandang kiri kanan. Ikut suke dia je nak pergi mana. Isk Isk berani sungguh. KEna culik kang baru tau.

Wah ada geng la pulak ye




Bila dah boleh jalan sendiri, tempat yang wajib Nayli stop adalah yang macam ni la. Hamboii mata tak berkelip2 tengok. Nasib baik kalau mama & papa tarik dia ok je. Buatnye dia menjerit hentak2 kaki suruh beli gak toys ni memang kene perintah berkurung la lepas ni.




Oh nak toys ke sayang. Isk Isk. Toys yang sebakul kat rumah tu pun dah merajuk. Nayli dah taknak main dengan diorang. Asyik nak main dengan kotak kasut je. Camno ni ???

Sale sana sini. Ade laa beli sikit2 barangan baby.



Eh gender tak tau lagik so beli baju kaler2 yang neutral je dulu. Pemalu sungguh little junior ni ye asyik main nyorok2 je. Ohh nak buat suprise ye???

Best-Best-BEst. Sunday yang best. Yang tak bestnye??????????

Tomorrow is Monday. Kerja-kerja-kerja. Ouchhhhh.


Sekian.