Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Tuesday, October 19, 2010

Budak Kecik YAng Dah Nak Dapat Kaki

Sekarang ni budak kecik asyik nak jalan je. TApi takleh jalan sendiri lagik.

So kalau nak pergi jalan2 papa kene pegang tangan kiri, mama pulak pegang tangan kanan.

Macam ni.





Haaa taa aaa teh.....

Mata Nayli melilau nak tengok sume benda. Tetibe tarik papa & mama kat sini.




Haaa patutla. Papa nak yang ini !!!!!!!!!!


Lepas dah penat jalan2 sume orang pun lapar. Singgah sini la dulu. PIZZA HUT.




Papa & mama nak order. Budak kecit pun cibuk gak nak order.





Yahoo dah sampai. Pizza extremely cheese ok.

Memang sedap. Nyum Nyum






NAyli tak boleh makan pizza. Mama dah siap tapau bawa roti ni haaa.

Makan roti je ok. Nayli tak cukup gigi nak kunyah pizza tu lagik.




Nayli makan sendiri ye. Sebab papa & mama dah lapar tahap maximum ni. Tak dapat nak layan NAyli dah. Hehe. Sowiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...




Pas makan jom tengok ikan.TEruja betul budak itu tengok fish.




Sume dah kenyang mari kita balik.

Aksi budak kecit kalo dah penat jalan. Mama, kaki dah sakit. Nak dukung pulak.




Telatah budak kecit yang dijulang oleh papa. Amboi bukan main seronoknye NAyli tu.

Ketawa besar.



Hiks! MAcam-macam.

Sekian.

Monday, October 18, 2010

Bersiar Di Malam HAri

Hari Sabtu malam kami bertiga keluar.

Walaupun keluar malam minggu tapi motif bukan untuk berjima-jimba ok.



Ni budak kicit tengah merenung kegelapan & melihat lampu neon. Chewah. Mama Nayli bersastera pulak.

Kami nak pergi klinik pasal si kicit ni batuk-batuk. Yang peliknya siang tak batuk, pagi2 buta dalam pukul 2am-4am yang suke nak batuk. Selsema pun ada. So bile nak breastfeed sambil baring tu mcm susah sikit sebab banyak hingus dalam hidung dia.




Actually suke nak pergi di malam hari sebab ni la.



Yahoo takde orang. Kalau kami datang siang mak datuk bukan main penuh dengan orang. Pernah sampai 2 jam kami tunggu.  LEpas Maghrib je cepat2 kami datang sini.

Alhamdulillah doc check paru2 NAyli sume doc kate paru2 NAyli bagus. Dalam erti kata bagus sebab takde bunyi kahak or lendir.

Doc bagi ubat ni untuk NAyli. Wah banyaknye.


Satu ubat selsema
Satu ubat batuk
Satu lagik ubat cairkan kahak

Ini adalah Nayli Dayana. Timbang berat sekali untuk 11 months dah naik ke 8.5kg. Wah naik 900g. Dulu mase 10 months 7.6 kg.



Lepas tu borak2 dengan doc & tips dari doc yang boleh kite kongsi bersama:

1- Doc cakap baby time umur mcm ni memang kurang or susah nak makan mcm dulu2. Sebab mereka suka & leka nak main je. Ape yang perlu kite buat ialah kene kerapkan bagi makan kat diorang. Kena banyak bersabarla.

2- Kena bagi food tu colorful, letak carrot ke, watevala janji nampak warna warni, baru baby suke nak makan. Isk Isk.

3- Sebagai panduan kenaikan berat badan yang seimbang, berat baby mase 1 tahun hendaklah 3x ganda dari berat baby lahir. Maknenye berat NAyli lahir 3.37kg, bile dah setahun mesti dalam 9++ kg la.

Sekian.

Apa Ada Dengan Warna

Ada macam2 kaler kat dunia ni kan.



Hooreyyy! Harini jom kite cakap pasal kaler pulak.

KAlau rainbow ade 7 kaler kan.



Kalau orang yang suke kedamaian, akan pilih warna hijau.

Alaa mcm kaler hutan & tumbuh2an semulajadi. Eh damai je kan. Sejuk mata memandang.



Sebenarnye ape motif entry ni saye tulis ye? Hiks!

Takde niat pun nak merapu sebenarnye, yang saye pelik & mushkil kan kat sini adalah, dalam banyak2 baju NAyli kenapa kebanyakannye kaler ni  haaaa!!!!!!!!!!!! Hehe.

Ermm tengah2 rajin kemas baju NAyli tetibe terfikir pulak pasal ni.


PINK! PINK! PINK! PINK! AND MORE PINK!

Oh mungkin sebab baby girl so memang tak lari dengan kaler pink la kot.

Mungkin jugak sebab mama NAyli pun memang giller pink tengok je la blog. Hiks!

Kalau mommies yang ade baby boy selalu beli baju kaler ape yek?

Erkk baru ingat, dulu saye kawin pun tema pink gak tau.  Ngeheeee...Patutla.

Mama borek, anak kena la rintik. Hiks!

Sekian.

Jangan pandang remeh bayi lambat bercakap

Today bace kat Berita HArian online sebab kat office ade banyak mase free, Hiks! mungkin mommies boleh share same2...


KOTA BHARU: Ibu bapa dan penjaga di negara ini dinasihat supaya tidak memandang remeh terhadap bayi mereka yang lambat bercakap kerana ia mungkin petanda awal bayi berkenaan mengalami pekak.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan, berkata walaupun kebanyakan ibu bapa mengganggap lambat bercakap adalah perkara biasa terhadap sesetengah bayi, tidak semua bayi bernasib baik.

"Bayi yang lambat bercakap atau biasa disebut 'berat mulut' sebenarnya perlu diberi perhatian. Sepatutnya usia satu tahun sudah boleh mengeluarkan bunyi yang sepatutnya walaupun tidak jelas.

"Banyak dalam kalangan masyarakat anggap berat mulut perkara biasa dan apabila anak itu masuk usia tiga tahun tapi masih belum bercakap, ia boleh dianggap sudah terlewat dan kanak-kanak itu mungkin akan menjadi pekak dan seterusnya bisu kerana tidak pernah mendengar orang lain bercakap dan berkomunikasi," katanya di sini hari ini.

Dr Ghazali Hasni berkata, bayi yang dikesan lambat bercakap perlu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan segera bagi memastikan bayi berkenaan tiada masalah pendengaran.


Katanya, rawatan sebaik-baiknya dilakukan sebelum usia lima tahun kerana selepas usia itu kanak-kanak mungkin tidak lagi mampu memanfaatkan alat pendengaran yang diberi.

Beliau berkata, penduduk pantai timur dan Kelantan khususnya, mempunyai kemudahan untuk membuat pemeriksaan dan rawatan telinga termasuk pembedahan khas yang dikenali sebagai Cochlear Transplan di HRPZ II dengan kos yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
"Di HRPZ II, kami menyediakan rawatan telinga khas iaitu Cochlear Implant Services untuk membantu bayi atau kanak-kanak yang pekak ini. Ia adalah sejenis implan yang ditanam di dalam telinga dan akan kekal sepanjang hayat," katanya.

Beliau berkata, kos bagi satu alat itu mencecah RM70,000 tidak termasuk kos pembedahan dan sehingga kini pembedahan yang bermula pada tahun 2009 itu telah membantu lapan kanak-kanak pekak di negeri ini menjalani kehidupan normal. - BERNAMA

Thursday, October 14, 2010

List BArangan Little Junior

Godek punye godek, eh jumpe list ni la..... Taraaa...



Barang2 yang harus dibeli untuk new born: 

1) pampers (newborn/size s) 
2) baju/seluar 1
3) booties & mitten 
4) barut baby – 14 helai 
5) minyak telon/minyak yuyi 
6) bedak 
7) baby lotion 
8) baby shampoo 
9) baby bath 
10) baby oil
11) powder puff (bekas bedak) 
12) drapolene 
13) baby wipes
14) alas getah(tempat salin) 
15) napkin 
16) botol susu 120ml & berus botol 
17) tuala mandi-3-4 helai 
18) tuala kecik-6 helai 
19) besen mandi baby 
20) selimut baby 
21) tilam & bantal (bedding set) 
22) thermos electric
23) ketip kuku, cotton bud
24) bag barangan baby -
25) tempat letak toiletteris (bakul) 
26) buaian baby set (spring & net) 
27) baby warmer 
28) nappikleen(sabun basuh baju baby)

Oh sebab saye dah experience, so tengok je list ni dah tau la kot barang mane yang perlu or tak untuk dibeli. Takdela macam 1st pregnancy dulu, sume nak beli, tengok itu tengok ini sume nak borong. Hiks!


Lagik 4 bulan baru baby nak keluar, Insyallah. Lame lagi. Banyak mase lagik. Tunggu dah 7 months nanti baru shopping la. YEay!

Hmm.. indah menjadi ibu kerana melahirkan, membesarkan dan melihat anak membesar itu satu nikmat yang sungguh indah.

Sekian.

 

Wednesday, October 13, 2010

Prepare Makanan Nayli Di Nursery

Saye adalah mama yang bekerjaya.


Chewaahh ayat punyela skema. MAksud saye, saye adalah preggy mom yang bekerja 5 hari seminggu, 8 jam sehari. Campur perjalanan nak pergi & balik kerja adela lebih kurang 10 jam saye akan tinggalkan Nayli kat nursery, Monday to Friday tu tak termasuk hari Isnin kena balik lambat sebab ade German Language Class yang habis pukul 8pm. Fuhhhhhhhh.

Sampai ke harini, start dari Nayli 6 months dulu saye sediakan bubur nasi utk bekalan Nayli kat nursery setiap pagi.

NEstum? Adela dulu mase NAyli 6 bulan Enchek Husband pernah beli setin dan sampai ke hari ni tak habis lagi. Eh nak nak dekat 5 bulan usia NEstum tu. Boleh makan lagik kan? Haa kan dah rugi je kalo Nestum tu dah masuk angin.

Rajin tak rajin sangatla, saye cube utk bekalkan yang terbaik utk baby NAyli tapi dengan cara yg paling mudah & senang sebab saye pun takdela rajin sangat. Rasenye takdela susah sgt. Cume masak bubur sekali banyak & simpan dalam fridge. PAling lame saye simpan utk 3 hari.

So tiap2 pagi lepas celik mata je perlu buat camni je. Amik bEkas bubur nasi dalam fridge. YAng stainless steel tu OK. Bukan yang tulis cili giling tu tau.


Amik seberapa banyak bubur nasi dan masukkan dalam bekas dadih ni. Saye akan padatkan seberapa banyak yang boleh. Pok Pok Pok ngan sudu bagi cukup padat & mampat.



LEpas tu masukkan saje dalam warmer.



Untuk panaskan bubur nasi ni saye gune suhu 70'C.

LEpas tu bolehlah saye mandi & bersiap untuk pergi kerja. Kadang2 Nayli bangun lambat, kadang2 awal. Kalau bangun awal saye & Enchek Husband akan bergilir2 tengokkan budak kicit tu.

Lepas saye dah bersiap & wangi, cume perlu amik bekas dadih dalam warmer tadi & masukkan dalam tupperware ni je. Bubur nasi panas & berasap sudah tersedia.




Oh sekarang ni saye bekalkan jugak ni.

Roti yang dah saye cubit kecik2.



Taraaa. Dah siap. Senang je kan. Macam peanut je.

Mungkin mommies yang lain ade cara sendiri sediakan bekalan untuk anak. Saye tau ramai juga mommies yang rajin masak tiap2 hari bubur fresh untuk anak. Meh kongsi - kongsi cerita ye. Hiks!

Beza BAby Boy & Girl

Saye takde pengalaman ade baby boy so saye memang takde exeperience la nak cerita lebih2.

Tapi bile saye tengok sepupu NAyli, Ajeem yang sebaye dengan NAyli saye rase baby boy or girl memang banyak la jugak bezanye.Dulu mase lahir same je besar.Yang paling obvious sekali....

Bab makan.
Kalau nak tengok sekali baby Ajeem & NAyli makan memangla banyak bezanya. Bak kate my SIL, ape yang NAyli makan tu celah gigi Ajeem je. Ajeem sekali makan bubur nasi memang banyak. BAby boy la katekan. Bab minum susu taktau la pulak saye sebab saye tak pernah menyusukan Ajem. Hehe.

Yang ketara, cube tengok tangan Ajeem, jari dia besar2.



Jari Nayli pulak kecik2 je, halus & runcing. JAri orang pompuan la katekan.




Ni piccas mase diorang kecik2 dulu.


Lagik...Alolololo comelnye.




KEcik je diorang mase ni. Mase ni tak silap 2 bulan kot.





Ni pic diorang sekarang. NAyli tgh lepak2 ngan atuk. Ajeem pulak dengan ayah dia.





Mommies yang ade sepasang, girl & boy mesti bestkan.

 Haa dah berangan la tu nak baby boy pulak dalam perut ni!! Hahahahaha!

Sekian

Monday, October 11, 2010

Riadah Waktu Petang

Wah bestnye. Nayli dah nak pakai kasut. Dulu dia taknak. Nanges2 kalau pakaikan dia kasut. Bila mama cakap kena pakai kasut baru boleh tak aa teh, baru dia Ok.

Nayli dah semakin bijak la.Cayalah.




Bile Nayli dah nak pakai kasut, so bolehla bawa main2 kat taman. Balik kampung best sebab rumah atuk & wan halaman luas.

TEngokla NAyli main bola.




Lalalalalala~




Wah semangat betul dia menendang  bola. Sampai senget2 badan.




Nayli takleh jalan sendiri lagik. Kalau nak jalan papa or mama kene pegang tangan dia.



Ajeem & Naim ade gak.

Tapi Ajeem tak bawa kasut, so lepak atas stroller je la.




TEngokla tu, NAyli tgh pujuk Ajeem.

Ajeem, jom la main bola sama NAyli.... Nayli boring la main bola sorang-sorang....




Lepas dah penat + berpeluh2 main bola, pinjam jap stroller Ajeem.

Jom jalan2 relaxkan diri pulak ye. Papa tolong tolakkan stroller.




Close up sikit. NAyli tengah tengok ape tu?


Mama, mane kasut comey Nayli? Tadi ade skang dah takde pulak. HukHuk!




Dah nak senja la sayang, jom la kita masuk rumah ok. Esok sambung lagi ye.




Makan dululah ye sayang. Fuh. Berselera betul.

Mase ni masak bubur nasi lenyek + ubi kentang + ikan jenahak. Suke sangat. Sebelum ni yang saye pernah try bagi ikan tenggiri je. Kurang sikit seleranya. Taktaula kali ni dia berselera sangat sebab dia penat bermain ke.





 Nyum Nyum.




PEnat betul budak kicit tu, malam tak sampai pukul 9pm dah Zzzzzzzzzzzz.

Sekian.

Jom Main Bersama-Sama

Last weekend dua orang sepupu ni bertemu lagik. Wah bestnye Nayli balik kampung kalau Ajeem pun balik sebab Ajeem banyak toys. So Nayli pun tumpang sekaki la main. NAyli punye toy takdela banyak sangat mcm Ajeem.



 MEmandangkan sepupu Nayli ni boy, so permainan pun banyak yang mcm ni la.





VROOM VROOM. Barbie doll tak main ok. Hiks!

Wah baiknye mereka main bersama-sama.





Eh Ajeem nak pergi mana tu? Tinggalkan NAyli sorang2 pulak.





TEngah fikir ye. Cemane nak buat ni mama???




Terrornye anak mama ni buat rumah. Tu pun nasib baik mama tolong tau. Kalau tak sampai ke malam pun belum tentu siap. Hehe.




Yang paling best ni la.....

Ajeem bawa motor, Nayli diri kat bakul belakang...




Cak !!!!!!!!!!




VROOM VROOM. Comelnye diorang kan ~! Alahai.

Sekian.