Saturday, March 31, 2012

Oh, Oh Candylicious One Utama Lagi

Happy weekeend peeps!

Yahooo! Makcik kayooooo! Slogan hujung bulan bila dapat gaji HiHiHi.Lets shopping till drop. Hooreyy hoorey dengan officemates. The very first thing we did once we arrived One Utama Shopping Complex was to look for FOOD!! Yeay!!! We went to Carls JR for lunch. First time singgah sini.




Yang paling best kat sini saiz burger dia punyela besar. I ordered a hotdog instead. Grrr kata nak diet konon. Cehhh!!




Then mesti tak lepaskan peluang mesti singgah sini. Kunjungan kali kedua. Syok woo!




Special isn't it? All candy under one roof, what a concept-lah. I bet it's another name must be ladies's heaven. Perempuan kan suka makan coklat. Nyum Nyum.

Yeay!!! Chocolate.Lollipop.Chocolate.Lollipop. Bagi saya Candylicious merupakan satu konsep yang mewakili fantasi, kegembiraan dan kenangan zaman kanak-kanak yang telah lama di tinggalkan. Penuh dengan dunia imaginasi macam yang selalu kita tengok dalam television.

Eeee sweet giller decoration kat sini. Colorful.. Below are the pics of the store candylicious. I hope that will keep you hungry. HikHik. JAhatnya.







Heaven kan??? 

Oh oh oh. Excellent.

-- Ahmazhing --




Takkan tengok je ;p 



Self service. Pick sini, pick sana.




Lagi dan lagi.




Then kira berat berapa dan seal sendiri. Senang je!




Kagum. Memang awesome.



Tau tak ape ni? Alaa gula-gula kapas je pun biasa letak dalam plastik besar tapi punyela santekss bila dah di upgradekan dalam bekas Mickey Mouse. So cute!!! Grrrr.

Rasa jadi macam kanak-kana ribena kejap. Ohh La La~!!!

Sekian.


Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p

Friday, March 30, 2012

Tolong Jangan Culik Anak Saya!

Masyaallah. Ape nak jadi dengan dunia sekarang.

Saya share dari petikan yang di baca kat Facebook Tiara Jacquelina. Pengalaman benar semasa dia tengah shooping kat CArrefour, JB. Semoga kita sama-sama mengambil iktibar. It's real story!!! Ouch!!

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu.


Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging , dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu , sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.



Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.



Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.



Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air , cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah.


Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar!


Semoga Allah SWT melindungi anak-anak kita. Amin. MArilah kita sama-sama prihatin dengan keadaan sekeliling.

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p

Sekali Sekala Pergi KL Memang Menakjubkan-lah

Biasanya kalau orang tanya saya orang mana saya akan cakap orang Kay Ell. Awww. Yo la tu padahal i/c bukan -14- pun. KAHKAHKAH. 

Lama dah tak pergi KL. Bila sekali sekala terjah sana rasa macam ...woowwwww!!!!!! Memang lain dari yang lain. Tak percaya?????

(i) Dah ada mural sungai kat KL.




(ii) Tahi burung dimana-mana. Agak-agak kalau tengah jalan kat KL ada harapan kena tembak dengan tahi burung kan.





(iii) Bus double decker di mana-mana. Seriyes tak pernah naik lagi.





(iv) Port lepak kat Sogo. Rasanya tak pernah lagi nampak scene macam ni kat mana-mana shopping complex di Malaysia.





(v) Ni pun tak pernah nampak kat mana-mana shopping complex di Malaysia lagi. Hanya boleh di lihat di Sogo. Biasa happy hour dalam sejam je. Ting Tong Ting Tong siap ada loceng lagi. Discount sampai 80%! Biar betul??? OmmEmmJayyy.





Last but not least.

Bila pergi Kay Ell baru la jumpe kedai ni. Biasa baca kat newspaper je.

(vi) Kedai 1 Malaysia. yeay!!!




Tapi saya rasa macam tak puas hati sikit bila masuk kedai ni.

Part harga memang no comment. Ntah, jarang compare harga bila beli barang. So tak tau mahal or murah.

Siapa yang pernah masuk Kedai 1 MAlaysia perasan tak???





Label untuk sesetengah produk takde pengesahan halal dari JAKIM. Cemano tu????? Ermpssss.

So boleh beli ke tak ni haaaaa????

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p

Bestnye Dapat Masuk Free Di Kidzania, The Curve

Sekarang ni memang meletup-letup cerita pasal Kidzania, The Curve. Actually ini bukan kunjungan pertama kali saya ke sini. Dah berkali-kali la jugak. MAsuk atas urusan kerja poyo je lah kerja konon!!!! Masuk free tau satu sen pun tak payah bayar HewHewHew jangan jeles. Tu yang best kerja dengan construction company. Eh jangan ingat saya kerja kat Kidzania pulak kang semuaorang serbu nak masuk free. Tak dapek den nak nolong yooo. HikHikHik!

Since last year saya dah pernah buat entry pasal Kidzania The Curve.




Masa tu tengah sibuk dengan construction. Sekarang dah siap dan telah dibuka kepada orang ramai since February 2012 walaupun target memula nak buka on November 2011. Delay? Biasalah tu.

Kalau tak dapat masuk free macam saya HikHikHik nak tau berapa kena bayar untuk masuk Kidzania, The Curve? Sediakan je duit.

Kanak-kanak 3 tahun ke bawah - RM35 (MyKad&Non-MyKAd)
Kanak-kanak 4 - 14 (RM55 MyKad & RM75 Non-MyKad)
Dewasa  (RM35 MyKad & RM55 Non-MyKad)
Warga Emas  (RM35 MyKad & Non-MyKad)


Grrrrrrrrrrrrrrrrrrr. T-shirt cantik tapi mahal giller. Geram.





Kidzania dibuka dari jam 10 pagi - 5 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Kalau hari minggu, cuti sekolah dan cuti umum terdapat dua sessi iaitu 10 pagi - 3 petang dan 4 petang - 9 malam.







Nak merasa pengalaman rock climbing???? Pun boleh.




Ini dekat departure area. Jap lagi nak check in naik AirAsia.  Yahooo!




Lets fly. Yeay!!!!


Fuh memang hebat di Kidzania. MAcam-macam ada.

Pada pendapat sayalah, from my observation sedikit tips untuk parents yang bakal nak bawa anak-anak ke Kidzania:

(i) better bawa on weekday. Sebab kalau weekend memang ramai sangat orang. Then nak tunggu masuk ke satu-satu job tu ambil masa sikit. Pejam celik pejam celik dah sampai time, last-last dapat main job yang tak glamer je, yelah job yang glamer kene tunggu lama. Per entry kalau masuk dalam 5 jam je. Memang tak sempat nak round semua tempat.

(ii) siapa yang nak masuk pastikan anak pakai kasut yang bertutup, mak pun pakai kasut bertutup jugak tak payah mengada pakai high heel. Susah nanti. Then pakai seluar panjang sebab air cond kat sana boleh tahan sejuk.

(iii) pastikan amik peta yang disediakan nanti boleh plan mana nak di tuju takdelah kelam kabut buang masa macam tu je dan yang paling penting kalau boleh jangan bawa baby kecik, nanti rugi masa di situ.




(iv) Untuk parent yang temankan anak takde aktiviti lain pun selain ambil pic anak. Tu pun tak boleh masuk kena ambil dari luar je.

(v) Nak tau tak job yang paling hot kena beratur panjang.
- Air Asia pilot & fligh attendant - memang real habis sebijik macam dalam aeroplane.
- Jadi bomba - boleh naik kereta bomba then round dalam Kidzania, lepas tu padamkan api kat hotel yang terbakar. Memang pancut air betul-betul ok cuma api je tipu-tipu.
- Jadi doctor & Nurse, jadik doctor gigi pun boleh tapi anak patung sebagai pesakit.
- Polis - siap berkawad kiri kanan kiri & tolong bomba jaga kawasan kebakaran kat hotel tu.
- Beautician -  Buat manicure, pedicure, make up. Awwwww.

(vi) Sesuai untuk children above 4 years laa rasanya. Kalau kecik sangat macam tak sesuai tapi boleh je kalau parents banyak duit nak bawa anak sekecik mana sekalipun. HikHik.

Apepun kanak-kanak sekarang memang beruntung. Dulu-dulu mana ada benda-benda macam ni.


*************************************************


Ini satu lagi cerita.



Nampak tak sebelah menyebelah tu? Haaa ni yang susah ni. Asal pergi Kidzania je mesti kena singgah kat Ikea pulak. Kalau 10 kali pergi Kidzania atas urusan kerja maknanya 10 kali jugaklah singgah Ikea. Kalau boleh claim best jugak Hihihi. Meatballs dulu, kini dan selamanya. Tebabooo!!!



Burpsssss. Alhamdulillah ;) Tak pernah jemu.

Lepas tu kan. Jeng Jeng Jeng. Hahahahahahahaha! Eh dah macam belog murai.com la pulak.

Masa kitew pergi ni kan kitew nampak artis tew. Dia pun makan meatballs jugak. Guess who????


Rasanya tu ayah dia kot. Takkan husband dia pulak kan. Erksss ntahla. Nampak berisi tapi still cantik macam dulu.

Tekala siapa. Teka teka teka cepat. Jeng Jeng Jeng. Jawapannya ialah 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Waka Waka. Kenal tak???


Alaaa Annahita Bakavoli. Dulu selalu nampak kat Faculty Law, Uitm Shah Alam. Eh hey, saya bukan budak law tewww.

Jakun giller jumpa artis. Tu belum kalau terjumpa Pak Aaron Ajis lagik. *gerenti fensan. Dari cerita Kidzania sampaila ke meatballs sambung pasal Annahita pulak. Erksss cukup la tu. Merepek jew. Okbai!!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p








 

Monday, March 26, 2012

Kamceng VS Gado Gado. Alahai Anak Mama.

Bila tengah baik, memang kamceng lah sangat.



Tapi time tak berapa nak kamceng. Grrrrr.

Masalahnya bukan kakak yang buli adik, tapi adik yang buli kakak. Dush Dush Dush.



Cemano tu? HikHikHik.

Adatlah budak-budak tengah besar. Anyway happy bila tengok diorang dah pandai main sama-sama. Takdela boring sangat. Tapi tak sah mesti ada adegan rebut barang. Cemano tu????

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p

Saturday, March 24, 2012

Bestnyaa Shopping Kat Giant Tapi Tak Payah Bayar

Hai. Hai Hai,

Mengambil angin di sini sebentar.



Giant, Kota Damansara here I come bebeh.

Sebenarnya motif utama nak habiskan voucher Giant yang saya dapat free haritu. Alaaa ingat lagi tak tak tak? HikHik. Dapat hadiah sebab jadi winner for Huggies Snap It Right Contest. Yeay!!!

Voucher ada dua, RM50 dua keping total RM100. Alhamdulillah walaupun nilai tu takdela banyak sangat zaman sekarang ni tapi bolehlah beli sedikit barang-barang keperluan.



Saya shopping guna satu voucher dulu. Satu lagi simpan. Sayang nak habiskan semua. Rileks lagipun expiry date lambat lagi.

Itu nak ini nak. Bila dah amik letak balik. Bila dah letak amik balik. Grrrrrrr. Baget oo baget mesti around RM50 je. Kedekut betoiiiiii HAHAHAHAHA!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Semuanya RM53.80!!


See !!! Nowadays. berapa banyak sangat barang boleh beli dengan angka RM50. RM50 bayar guna voucher. Cuma tambah RM3.80 je. Stok orang tengah diet bermalas-malasan di hujung minggu. Yahoooo!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli;p

Friday, March 23, 2012

Senyum. Tak Perlu Kata Apa-Apa

Salam kasih untuk semua,

Kadang-kadang rasa macam buang masa je pergi kerja. Bukan ada kerja nak buat. Balik-balik berblogging, balik-balik facebook, chatting kat yahoo messenger. Ohoiiiiiiiiiiiiii!

Hey boss bagi la aku kerja !!!!!!!!!!!! KAHKAHKAH!

Hmmm beberapa minggu kebelakangan ni ada banyak perkara baru yang telah berlaku.


s.a.b.a.r


Suatu perkara yang relatif.

Tak semua org mampu bertahan seperti segolongan tertentu yang lebih kuat sifat penyabar mereka.

Aku cuba bersabar, beberapa bulan. Mungkin hampir setahun. Namun di saat tidak tertanggung, aku kalah.

Mohon, jangan menghukum.

Jumaat yang penuh keberkatan.


Alhamdulillah.

Sekian

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p

Kau Betul Betul Buat Aku Merana!

Memang betul-betul buat diri ini merana!!!

Makan tak kenyang.

Mandi tak basah.

Tidur tak lena.

Demam! Bad Headache!!! *meleleh ingus ijo* iyeeeekkkkkkk!

Sangat stress ouchhh!!!!

Kau . Kau . Kau . Kau . Kau . Kau penyebabnya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



OmmmEmmmmJayyyyy. Rasanya semenjak dah bertukar kerja ke tempat baru, bidang kerja pun baru selama 6 bulan ni memanglah sangat seronok, but inilah tender yang paling susah giller saya pernah buat, betul-betul menguji ketahanan mental dan fizikal.

Ya rabbi, tender spesification dahla setebal buku teks kena baca. Term term technical sangatlah susah nak paham sampai kering anak tekak tanya orang. Part buat costing. Kena dengar ceramah free dari boss lagi. Faham-faham ajelah kang kalau ter'estimate' below cost memang alamat kena penendang je lah. KAHKAHKAH. Dulu masa kat 'u' nak amik exam pun tak pernah baca nota segigih ni. HikHikHik. Sabar je lah.

Tu belum part yang memang sangat tak biasa sangat saya buat, stayback!!! Balik office lambat?? Oh no no no. Tapi untuk menyiapkan tender ni saya terpaksa stayback selama 3 hari.Eh balik lambat 3 hari pun nak kira bukan kena tidur kat office pun.

Boss cakap, nevermind its learning process. Mata pandang atas, tangan kat bahu ;p OH LAA LAA

Tapi tulah, satu yang paling saya suka kerja kat construction line ni sebab takde ISO, KPI bla bla bla. Diorang tak kisah dengan semua benda tu. Yang penting kerja siap and dapat project money ooo money. Thats all. Siapa yang pernah ada experience kerja dengan company yang sibuk dengan ISO la, kena achieve KPI la, audit meng'audit' ni tau la macam mana azab. Kalau ada extra allowance ke lain lah cerita, ini buat kerja buta-buta je buat apa HAHAHAHA based on my experience la ye hello nak masuk toilet kat KLCC pun kena bayar RM2 tewwwww!! Tettttttssssssssssss!!

**************************************************************************************


Fuh. Phewwwww. Memang stress mental dan fizikal seminggu ni.

Anyway, anyhow Alhamdulillah.



Dah selamat di hantar ke UTP, Seri Iskandar, Perak semalam. Perjalanan yang agak jauh sampai lenguh lenguh badan ni haaaa. Adehhhh.  Journey jalan-jalan cari makan yang ditemani dengan hujan lebat punyela banyak accident kat PLUS Highway so tak sempat nak singgah makan mee udang Mak Jah, Kuala Sepetang tewwwww. Sobsssssss. Hoi nak kerja ke berjalan ni haaaaaaa???

Warghh Warghh Warghh

***********************************************************


Lat but not least, jeng jeng jeng enjoy your weekend peeps!!!!!! Taraaaaaaaaaa.

Yeay!!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p