Wednesday, February 29, 2012

Eeee Ada Berani Jom Jalan-Jalan Di Taman Ular Sawa, Ulu Bendul

Sekarang ni kat kawasan saya ni hujan sangat lebat. Ok sambil menikmati suhu ala-ala sejuk ala Genting Highlands ni jom cerita pasal kisah ke Taman Ular Sawa  pulak. Yeay!!!!

Lepas mandi kat Taman Rekrasi Ulu Bendul, kami semua jalan kaki je ke sini. Dekat tapi kena mendaki bukit. Aww dah lama tak exercise u olls.



Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Maksudnya kalau naik gaya macamni takdela penat sangat. HiHiHi.




Yahooo!!



Mendaki bukit takdelah seteruk nak pergi Japanese Village kat Bukit Tinggi, Pahang dulu. Yang itu memang mak datokkk sangat penat. Sampai je atas kami di hiburkan dengan aneka jenis ular sawa. Macam-macam jenis ular sawa ada di sini. Anaconda kaler kuning pun ada. Jangan tak tau anconda beranak tau bukan bertelur hokkay. Jenis ular sawa yang lain semua bertelur. Penjaga ular tu lah cakap. Ooo baru tau.

EEeeeeeeeeeeeeeee.



Semua tengok dari luar cage je. Giller nak masuk dalam cage tu or nak pegang ular sawa. TAk beranilah.




Kan dah cakap tak berani.




Betul tak berani.




But !!!!!!!!!! Ahaaa........
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Abang Long saya memang paling berani. Hello, penjaga ular tu cakap anak ular sawa ni umur baru 2 tahun dan dalam sehari 4 kali tau mandi air sabun. Wowwww dasyat!!  Saya berani pegang kulit dia je, memang sangat lembut dan tak berbau langsung.

Usap-usap sikit beranilah, nak pegang?? Erkssssss. Inilah first time saya pergi Taman Ular Sawa kat Kuala Pilah ni. Teruja beb. HiHi.

Last but not least sebelum balik. Taraaaaa!


3 dara pingitan u olss. Awww. Syok jugak sesekali lepak-lepak dengan family besar.

**********************************************************

Kalau ada yang perasan or tak perasan, my babies Nayli & Zara takde langsung dalam piccas kan? Sobsss yelah time weekend ni diorang tengah pergi summer camp. HukHuk. Rindu sangat kat diorang masa ni.

Just Imagine kalau sehari tak dapat tengok anakla kan.

1 hari = 24 jam
24 jam = 1440 minit

Pheww. Tu baru sehari. Kalau dua hari? Tiga hari? Sebulan??? Glurpsssss. Oh my oh my.

Sekian.

Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nay;o ;p












WordLove Wednesday - Sedondon Gitu. Awwww






Best sangat ada 2 baby girls yang comel  tewww! Yeay!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, February 28, 2012

Saya Bukan Lactation Counselor Erksss, But Sharing is Caring Kan.



Saya ada lah seorang kawan ni. Dia baru menjadi seorang ibu. Congrats yeay!!!

Semalam dia sms saya. Dia sangat confuse.

"Salam Akma. Macam mana nak buat ni aku baru bersalin. 17 hari bersalin anak sulung. Kenapa baby mcm tak kenyang-kenyang breastfeed. Sampai aku rasa tension giller. Baby asyik nak melekap mennyusu tapi tido tak  lena.  Bile try bg susu formula, 3oz je dah ckup buat baby tdo lena. Ada kemungkinan ke susu aku cair dan tak mngenyangkan or aku ni tak cukup susu? Rasa nak stop breastfeed sebab bile mlm baby bangun amik masa lama nak tido balik lepas tu kejap je tidur then nak susu lagi. Helllppppp im stresssss........

Glurpssss. Saya pun budak baru belajar. Ilmu pun sikit banyak lagi kena belajar dan betulkan. Tapi takpelah sharing is caringkan. Saya tolong mana yang saya tau ye.

U are not alone dear. I also like u masa mula dapat baby dulu. Baby minum sambil nangis-nangis. Sabar je bagi jee cik B. Siang tak tido every 5 minutes jaga. Sometimes rasa mcm die nyusu hampir 24hrs! Cube dapatkan sokongan suami sbb dia org paling rapat dgn kite malam-malam kan, Minta die bantu. Saya dulu kadag-kadang bile dah terlampau2 ngantok my husband tlg dodoi2kan baby while i lelap 15minutes pun jadilaa. Sbb bile kite letih sgt2 stress dtg. Susu tak boleh stimulate. Siang plak saya tido time baby tido2 ayam yang kejap tu. Kenkadang smpi duduk tido. U can do it! Share with ur husband dan tengok muka baby masa menyusu tu.

Janganlah cepat mengalah. Jadi mak ni memang bukan mudah. Lagi-lagi anak tu tak sampai sebulan lagi umurnya. Baby suke melekap bukan semestinya sebab tak kenyang dear. Baby nak rase hangat-hangat badan ibu, Dia baru je keluar dari dunia yang asing bagi dia masa. Jangan tension2. Lama2 nanti die ok la. Newborn memang macamtu memang agak letih cz die nk melekap je..dia tgh nk adjust environment baru. Thats yang tak lena. Kdg2 die menangis bkn sbb lapar. Once kita da biasekn bg susu fm yang banyak nanti takut lelama die taknak breastfeed coz tak sebanyak formula milk. So kalau nk banyakan susy keep on df susu ibu je makin byk dmnd makin byk susu terhasil. 

Jangan cepat give up, Baby memamg nak didakap. Lepas sebulan ok la tau cukup ke tak..tengok pampers dia..klo kencing banyak..poo poo pn ok means ckup la susu die minum..Nk tgk dia cukup susu tgk najis dia. Warna kuning firm mcm mustard atau a bit watery dan berbiji mcm bijan. Maknanya cukup susu. Yg pnting direct feed je., kene sabar dan sabar dan sabar. Salah, takde istilah susu cair or pekat..fahami konsep fore n hind milk..susu ibu well design untuk baby.ape yang ibu mkn tu juge la baby rase..maybe klo nk enrichkn susu u cn tke suplemn dan ada  kaunselor laktasi cakap kat saya, masa dalam perut baby makan 24jam sebab tu bila keluar dia nak menyusu jer...baby belum biasa dengan environment baru...bagi dia masa...jgn bagi susu fm dear...sayang masa pantang susu banyak. Sangat normal dear. Susu ibu sangat cepat hadam jadi baby cepat lapar semula. Susu formula lambat jadi sbb tu dia lena. Baby hisap susu bukan saja untuk kenyang tapi untuk tenangkan diri. Dia tak biasa dengan hidup luar rahim lagi. 


Pastilan baby hisap sampai dia lepaskan sendiri di sebelah breast baru offer sebelah lagi utk pastikan dia dpt hindmilk.  Kalau boleh stop la bagi formula milk. Kesian usus dia. Dan bila offer fm nanti dia keliru puting, susu pun mungkin akan berkurangan sbb kurang rangsangan baby

Jgn cepat putus asa my friend. Selama 9 bulan kita jaga makan kita untuk pastikan baby sihat dlm kandungan, teruskanlah beri dia makanan paling baik dalam dunia iaitu susu ibu setelah kelahirannya. Nanti kalau dah keje dah kurang time direct feed baby. Rindu tauuuuuu hari-hari kena pam kat office je. Feel dia tak sama. Memang lain sangat. Sobssss.

Saya juga ada dengar dalam parent talk, The first 3 months after baby kuar, baby still dlm mode mcm dlm perut ibu dia.. Consider for babies are their 4 trimester.. Diorang tgh nak adapt keadaan sekeliling.. Baby nangis and nak melekap sbb itu cara diorang rasa secure. Kat dlm perut diorang dok dlm kantung rasa selamat jer. Bila dah kuar tu, diorang rasa dunia terlalu luas sbb tu nak ibu dia peluk jer. Clear mind tekad inilah jihad kita sbg seorang ibu dan mmg dah adat la kalau dah ada anak, Takkan cukup tidur dan breastfeed bukanlah punca baby berjaga malam sangat pn. Susu ibu cepat hadam, thats y baby cepat lapar dan nk kerap mnyusu, which is itulah bagus, byk mnyusu susu ibu..alah bisa tegal biasa..dulu baby zara pn cmtu, but now dah nak masuk setahun dia dh ok, Takde bgn malam sgt, saya pulak yang terjaga sndiri utk susukan dia..time dlm pantang ni, time baby tidur, ambil peluang utk tidur juga.. 

Susu ibu memg cepat hadam berbanding susu formula, Susu ibu hadam dalam tempoh 60-90 minit berbanding susu formula 3-4jam. Takdelah susah payah usus baby bekerja berat  untuk memproses makanan yang masuk dalam perut.So memang tak mustahil la kalau baby menyusu sejam skali. (Sumber pa&ma bulan ni.)

My friend, good luck dear!! U can do it-lah. Malaysia Boleh!!



********************************



MILK BOOSTER!!!
Ramai bertanya macam mana nak dapat susu yg banyak..

Berdasarkan pengalaman menyusukan 2 orang anak, 
Saya tiada pemakanan khusus.
Saya tidak mengambil supplement, saya juga tidak mengambil makanan menggalak susu secara berlebihan
Saya makan semua makanan macam biasa. 

Paling penting keyakinan diri, doa, timba ilmu penyusuan dengan mereka yg arif pasal penyusuan.

Menyusu itu satu ibadat, kena sentiasa belajar dan sentiasa perbaiki mana kesilapan..tak boleh ambik jalan singkat.
Tiada jalan mudah untuk berjaya.


Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Zara & Nayli ;)











Monday, February 27, 2012

Gaya Si Cinonet Zara Yang Dah Dapat Kaki

Tersebutla kisah.. Jeng Jeng Jeng.

Ala intro punyela poyo. ;p HiHi. Semalam kami berempat pergi The Store. Lama tak singgah sini walaupun sekangkang kera je dari rumah.

Kami pergi malam after Maghrib so baget memang nak dinner sekalilah kat sana. Awwww.

Paling saya rasa lawak Nayli sekarang dah ada gaya kalau suka kat barang tu.

Tengokla tu. Dari lirikan mata... yang mempunyai kuasa. Ooooo aku tergoda. HikHik. Lepas tu kaki mulalah melekat tak boleh jalan sambil buat muka seposen. Kalau cakap tak boleh beli dia tak menangis ke apa tapi dia diri je kat situ tak gerak-gerak hokkay. Doink!!!! 



Yang lawaknya bila mama cakap 'Ooo sorry tak boleh beli mama takde duit'. Nayli secara automatic akan cakap "papa, nak weettttt" KAHKAHKAH!" Bagus sebab tahu kalau nak mintak duit kat papa tapi kejap-kejap cakap nak duit, kejap lagi mintak duit lagi apa hang ingat papa hang tu cop duit kaa? Hai anak oh anak.

Anak-anak memang la banyak peelnya. Dah biasa sangat dah. Ini lagi satu. Dah advance.

Are you ready to see my new skill? Fuh Fuh Fuh.




Yabedabedu!!!

Baby Zara cinonet dah dapat kaki.



Alololo comelnya punya la excited nak jalan. Kasut tu macam besar gedabak menganggu sikit baby Zara. Tapi rasanya baby 12m memang pakai kasut size 3 kan, agaknya kaki Zara kecik kot.

Oh nampaknya baby Zara sedikit advance dari kak NAyli. Kak Nayli boleh jalan masa umur setahun tapi adik Zara tak sampai setahun dah boleh jalan yek yek yek. Ermpss tak kisahla lepas ni boleh la yeyeye join mama pergi shopping dengan kakaknya.

Makin panjang langkah, asyik nak jalan sana sini je. Exercise yang baik untuk mamanyo.

Sekian.

Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nay;o ;p

Mandi Manda Di Taman Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah

Weekend menghabiskan masa di kampung. Eh last week dah balik kampung, minggu ni balik kampung lagi. Yeay!! Alaa kampung dekat je ape ade  hal. HiHiHi.

Tetiba  ada ad hoc plan dari seseorang. Siapa ye? Ntah lupe. ;p 

Jom mandi manda di Taman Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah.

Walaupun tak jauh pun tapi sebenarnya seingat saya baru 2x saya pergi sini. Erkssss. Bab mandi manda memang kurang sikit. Lecehla lepas mandi baju seluar semua basah nak tukar lagi itu ini. Tak best arghh. Cuba suruh tawaf shopping complex? Sekarang jugak bolehhh!! Hiks!

Masih nyaman macam dulu. Air jernih cuma adalah sedikit sampah sarap macam newspaper, plastic berterabur sana sini. Iskkk masih ada yang tak ada kesedaran menjaga alam sekitar nampaknya.




Bersemangat habis semua. Pukul 8 pagi dah sampai. Its Sunday ok. Betul tak tipu yelah sometimes ad hoc planning lebih ada umphhhh


Tapi sebab ad hoc planning takdela buat marinate ayam untuk BBQ ke or mee hon pelbagai. Sempat goreng keropok & tapau kerepek-kerepek yang banyak kat rumah tu je.

Air sangat sejuk, jernih & bersih. Orang tak ramai so kami boleh pilih tempat strategik sebagai port.

Seronoknya NAim mandi manda.




Acheem pun seronok jugak. Eh tu muka seronok ke muka takut tu?



Tapi Naim memanglah seronok sangat. Pergi belajar swimming dengan ayah ye nanti takdela jadi macam Mak Ngah dah tua bangka pun tak reti swimming gak. Hiks!




Pak Su paling power. Boleh terapung dalam air. Kalau ada emergency case senang lah boleh neeno neeno Pak Su je.




Yang ini memang tak mandi langsung. HiHiHi. Eh saya lah tu. Kan dah kata tadi malas tapi kalau pergi Sunway Lagoon sukalah KAHKAHKAH. Kerja cuma snap pic sana sini. Eh nama pun blogger tegar. Arggghh poyolah! ;p




Lepas penat mandi jejomss makan kerepek dengan keropok ramai-ramai. Time-time macam ni ape pun sedap. Laparrrrrrr Grrrrr. Ok next time kita repeat buat proper sikit. Ada BBQ bakar-bakar baru sheedapp kan kan kan. ;p





Lepas tu sambung lagi aktiviti riadah. Kami ke sini pulak. Yeay!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Taman Ular Sawa! Jom tengok anaconda!! Eeeeeeeeeyeeeeekkkkk ada berani???


Bersambung di next entry. Yahooo!

Sekian

Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nay;o ;p

Saturday, February 25, 2012

Hadiah Dari Huggies Dah Sampai. Yahooo!

Assalamualaikum everybody happy weekend. yeay!!!

Semalam murah rezeki di petang Jumaat. Time kat office tengah bertungkus lumus buat kerja cheewahhhh ada courier service hantar barang kat office cari saya. Yelah anything kalau nak hantar bungkusan memang letak office address kalau letak alamat rumah siapa pulak nak terima bungkusan kan.

Eh eh suprise la jugak. Wowww siapakan nak buat kejutan ni ada dua bungkusan besar.

Suddenly bila tengok kotak ooooo baru dapat idea.

Yahooo! Finally hadiah dari Huggies Snap It Right Contest yang saya menang last year dah sampai. Akhirnya. Berjanggut tunggu hadiah sampai HiHiHi. Apelagi cepat la LIKE page Huggies kat Facebook sebab ada macam-macam info pasal baby dan contest kat sana.




Kat office takdela bukak bungkusan tu sabar dulu walaupun mata asyik jeling-jeling je nak tau apa ada dalam tu. Balik rumah bila kedek-kedek bukak kotak dan bungkusan satu persatu wah macam-macam ada dalam ni.

Thank you so much Huggies!! 



34pcs x packs = 136 pcs. Fuh jimat jimat boleh saving tak payah beli diapers untuk sebulan. Walaupun contest ni baby Zara yang punya tapi diapers ni rasanya dapat kat kak NAyli kot sebab semuanya Size L. Dah la dapat Huggies Ultra pulak memang bestlah. Saya memang tak pernah beli Huggies Ultra biasa beli Huggies Dry je yahoo excited jugak nak tau apa yang specialnya Huggies Ultra ni.

Sebenarnya contest ni menjadi sangat kontroversi sebab pihak Huggies janji hadiah akan sampai early January 2012 tapi tup tup dah masuk February 2012 pun hadiah tak sampai lagi. Yelah 3 bulan tunggu baru hadiah sampai, wauweeeee pfttttt. Ramai la jugak winner yang mengamuk kat wall Huggies tu tanya pasal hadiah. HiHiHi cool cool bebeh.

Dan yang paling best jeng jeng jeng sebab hadiah sampai lambat dapat additional hadiah yang ini. Yahoo!!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Siap ada apologise letter lagi wallaweh. Voucher Giant RM100 u olls! Alhamdulillah murah rezeki.

Eh bukan tu je, adalagi  ini lah dia hadiah yang terbesar from Huggies. Super duper yahooo!!!

It's play tent!!! Mari mari bergambar dengan kesemua hadiah from Huggies.




Boleh la NAyli dan Zara main pondok-pondok lepas ni. Untung kanak-kanak zaman sekarang, dulu masa saye kecik kalau nak main pondok-pondok kena susun kotak ala-ala bentuk rumah lepas tu duduk dalam tu. Silap haribulan kotak roboh habislah menangis kesedihan. Takpun amik kusyen sofa susun buat bentuk rumah. Lepas tu mak tengok rumah bersepah macam kapal karam habis kena marah. Menangis kesedihan lagi. HikHik. Sekarang ni senang je dah ada play tent.

Rasanya inilah kemenangan terbesar yang pernah saya dapat. BEstnye. Kalau tak siapalah nak bagi benda ni semua free-free je kan.

Syukur ;)

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Friday, February 24, 2012

Rasanya Ada Ke Bayi Yang BAru Lahir Tak Cukup Minum Susu Ibunya?

Assalamualaikum Jumaat yang indah,

Oh dah lama tak cerita pasal penyusuan. Alhamdulillah masih dikurniakan rezeki dari Allah SWT untuk baby Zara yang akan menyambut ulangtahun kelahiran yang pertama minggu depan. 




Biasanya kebanyakan ibu baru sangat bimbang dengan keadaan baby especially yang baru lahir yang terlalu kerap menyusu so biasanya akan muncul lah teori baby tak cukup susu dan terpaksa top up dengan susu formula. Kita jugak selalu dgr kalau baby boy mesti tak cukup susu.  Oh saya takut jugak dgr 'statement' ni sbb saya ada baby girl je. Hiks!  


Actually saya memang bertekad utk myusukan anak saya semenjak mgandung anak pertama NAyli Dayana lagi altho tak pernah berpeluang menghadiri sbarang kursus bkaitan peyusuan susu ibu. Kebaikan & nilai susu ibu saya dapat dari pembacaan terutamanya di www.susuibu.com. Yelah dunia sekarang ni semuanya di hujung jari je.


Saat pertama bergelar ibu yg myusukan anaknya, saya juga seperti ibu lain tertanya-tanya susu saya mcukupi ke tapi  dsebabkan terlalu seronok myusukan anak saya, saya tak kisah dia ‘melekat’ bjam2, tapi kalau orang lain tengok meluat jugak yelah kitaorg asyik BERKEPIT je sampai tak boleh buat benda lain. HikHikHik.


Lama kelamaan saat menjadi sedikit perit bila Nayli dah jadi mcm AHMAD ALBAB tp lebih sikit  albabnya sebab Ahmad Albab kalau letak dekat pintu dia berhenti menangis tapi Nayli tidak! Nayli memang kuat menangis masa dalam pantang & satu2nya cara utk mmujuknya ialah pangku & myusukan dia tp bila dia tertido dpangkuan janganla cuba utk letak dlm babycot, dia pasti akan tjaga & menangis lg shingga ada hari yg saya xdapat tido langsung, kalau tertido pun atas sofa sambil memangku & myusukan klon si ahmad albab tu dgn keadaan yg sgt2 keletihan. Pernah jugak saya rasa yang saya ni dah mcm orang giler je rupanya. KahKahKah Stress hoooo masa tu. Sebab masa dalam pantang walaupun baby girl tp tak sampai 1/2 jam baby NAyli mesti gelisah. Sebab tu lah saya kerap terfikir samada saya tak cukup susu ke sebab dia nampak mcm tak puas tapi saya kuatkan semangat jugak dan cuba menjadi mommies ala-ala superwoman plus extravaganza untuk meneruskan exclusive breastfeed.

Wahai momies yang awesome, bila lama-lama baru saya faham dont get discouraged by saying baby tak cukup susu ke, lapar ke, susu tak keluar ke bila baby menyusu berjam-jam.  Sebab kalau mommies berfikiran macamtu,  konfiden akan hilang dan will end up by supplementing dengan formula which is unnecessarily actually. By supplementing, it will be less nursing or less pumping action dan akan membawa ke isu nipple preference pula. Nurse on demand, nangis je sumbat if its take an hours and hours pun go ahead je layan kan saja tapi check la yang lain2, mana tahu dia kembung ke, wet diapers ke kan kan kan.

Yelah macam saya cerita tadi, time pantang, day n nite menyusu setiap setengah jam ke sejam sekali. Sebagai wanita yang baru bergelar ibu masa tu memang sangat pressure dan penat! Peliklah kenapa dia mcm tak nak tidur tanpa B kat mulut tapi p itulah lumrah n perbezaan setiap baby, ada yang baru-baru lahir baik tidur je ada pulak asyik meragam je, takpelah yg penting die sihat n aktif. Bukankah setiap bayi adalah unik sebab tu mereka berbeza.

Tadi tu cerita baby pertama, baby kedua Zara Amani pulak senang sikit nak jaga time pantang menyusu time siang memang sangat la kurang asyik tidur je tapi malam, memang banyak kali gak la bangun menyusu tapi tak lama la, lepas je sebulan, dah bertukar dah corak penyusuan. Siang plak menyusu lagi lama dari malam. Apa2pun, time pantang la paling saat2 manis yang dirindui..----> dapat kumpul stok yang banyak. Yabedabedu!!!!

Satu info yang sangat menarik untuk dikongsi bersama yelah membaca kat jambatan ilmu saya memang suka baca lelagik time office HikHikHik. Setiap makhluk Tuhan dalam dunia ni berbeza. Rusa menyusu 1-2 kali sehari. Beruang pula sentiasa menyusu.Semuanya bergantung kepada zat terlarut & kepekatan protein dalam susu (Ben Shaul 1962). Spesies yg menghasilkan susu cair kerap menyusu.Wanita mempunyai susu yg paling cair.Jadi, sepatutnya bayi manusia lah yg paling kerap menyusu! Kekerapan juga berbeza di antara individu & berubah pada seseorang ibu mengikut bayi & pada waktu yg berlainan semasa melaktasi. Ada bayi yg cerewet, selalu lapar @ seolah-olah ada perut yg kecil, nak menyusu 1-2 jam sekali.Tapi ada pula bayi yg kenyang lama & bersikap lebih tenang & mahu disusukan hanya 5kali sehari.


Sebenarnya, semua bayi tidak menunjukkan sangat kelaparan pada beberapa hari yg pertama selepas kelahiran. Mereka mungkin mahu disusukan hanya 2-4kali sehari. Tapi keadaan berubah bila masuk hari ke-3. Jika bayi diberi peluang menyusu mengikut kehendaknya, dia mungkin ingin disusukan sebanyak 10-20kali sehari. Keadaan ini memang biasa sebab ia menunjukkan bahawa bayi itu mula sedar. Dia perlukan keeratan belaian & pelukan walaupun telah meninggalkan alam rahim yg hangat. Touching. Sobsssss.


2 minggu selepas lahir, kebanyakan bayi mula kurang menyusu & kemudian membentuk corak rutin penyusuan sendiri. Rutin penyusuan setiap individu berbeza. Semakin kanak2 itu membesar, corak susuan membentuk kompromi di antara keperluannya & keperluan ibunya.


Setiap bayi mempunyai beberapa tempoh peningkatan pertumbuhan yg cepat & pada ketika ini dia perlukan lebih makanan, biasanya berlaku pada minggu ke-3, ke-6 & bulan ke-3 kehidupannya (Waletzky 1979). Sesetengah ibu dapati bahawa bekalan susu berubah dengan mudah mengikut peningkatan keperluan. Ibu yg lain pula, melalui beberapa hari dengan bayi yg lapar & kerap inginkan susuan, sehinggalah penghasilan susu mereka meningkat akibat peningkatan hisapan & bayi puas semula.


Apepun mommies perlu diberi keyakinan ketika melalui waktu masa2 yg sukar ini. Mommies kena tahu bahawa pengalaman begitu biasa, mereka 'tidak kehilangan' susu & penghasilan susu akan bertambah dengan penyusuan yg kerap selama beberapa hari.


Selalunya bayi yang tak meragam langsung selalunya digelar 'baby paling baik'. Oi anak dia tu baik bawa pergi shopping mall tak menangis langsung tidur je, wah anak aku asyik meragam penatlah macam ni. Wujud persaingan aneh mengenai 'bayi paling baik'. Peliknya 'bayi terbaik' ialah bayi yg tidak inginkan belaian & sentuhan, serta tidak berminat menerokai persekitarannya. 'Bayi terbaik' ini tidak meragam & puas setelah diberi makan & pelukan empat kali sehari. Ibunya rasa lega & dicemburui oleh kawan2nya yg mempunyai bayi yg lebih kuat meragam. Sebenarnya, kita tidak harus menilai bayi dengan cara itu lagi. Oh no no no.


Apepun saya rasa baby yang terbaik yg pernah saya lihat ialah bayi di pedalaman Afrika. TEngok TV  jelah sebab saya tak pernah sampai Afrika pun. Mereka dikendong dibelakang ibunya (babywearing!!!), didodoi ketika ibu berjalan, menari bersama apa bila ibu mereka menari, diberi makan apabila lapar & jarang menangis. Bayi2 ini sememangnya terbaik!


Kena faham jugak tempoh setiap susuan tidak penting, walaupun pada hari2 pertama selepas kelahiran. Kakitangan kesihatan terlalu menekankan risiko puting menjadi luka jika bayi menghisap terlalu lama, sakit jika bayi menyusu pada kedudukan yg salah. Dia tidak mendapat cukup susu & tidak kenyang, maka akan terus menghisap. Kebanyakan bayi yg menghisap dengan betul akan mendapat 80-90% makanannya dari buah dada dalam tempoh 4 minit pertama (Luca, Lucas & Baum 1979). Sesetengah bayi mengambil lebih banyak masa untuk menyusu. Jika bayi menghisap lebih dari 10minit, periksa kedudukannya & biarkan dia terus menyusu. Walau bagaimanapun, susuan yg amat singkat iaitu 1-2minit akan menyebabkan buah dada membengkak & bayi yg tidak puas menyusu. 


Make sure konsep asas laktasi sentiasa terus diamalkn janganlah bergantung sangat pada milk booester. Baby demand, breast  akan supply. Saya pun pernah mengalami keadaan susu down tapi takde lak saya amik pape booster. Alhamdulilah sentiasa fikir positive bila kita set yg kita ni byk susu, otak akn mnghntar msg pd breast to produce more breast milk. Banyakkan berdoa pd ALLAH. Dia lah yang murah memurahkn rezeki..


Lagik info susu perah dan baby direct sucking adalah 2 perkara berbeza. Jangan stress dengan production pump, ia bukanlah bermaksud baby hanya minum sebanyak itu semasa baby direct breastfeeding. Percayalah!. Jenama breastpump bukanlah penentu kuantiti susu.  Tak semestinya pam mahal adalah yang terbaik. Hey Hey Hey saya sekarang adalah pemerah tegar secara marmet dan hasilnya Alhamdulillah, sangat lumayan.


Fahamilah, bayi yang baru lahir suka didakap, terasa suam suam panas, terasa secure. 


Tanamkan kepercayaan pada diri sendiri yang susu badan memang cukup untuk baby. Kalau nak tau susu badan cukup untuk baby atau tak, checkup baby nanti tengok berat badan naik atau tidak. Maintain direct bf dan kuatkan semangat. Sentiasa makan makanan berkhasiat  kalau susu tetiba down cepat-cepat call geng yang fully BF dan minta nasihat. 


InsyAllah mommies semua boleh lalui tempoh tu dgn berjaya. Sentiasa tanamkan dalam diri  ada susu yang cukup dan elakkan stress. Kawalan minda kita sangat-sangat penting. Apepun yang kita lakukan kita juga kena faham dan kembali kepada konsep asas penyusuan susu ibu:

Kenapa kerap bangun malam nyusu?

1. Susu ibu mudah hadam, jadi secara logik baby mudah lapar. Kekerapan baby menyusu kerana baby ingin membesar. Pengalaman saya masa pantang, saya bangun 2 atau 3 jam sekali untuk breastfeed baby saya. Saya belajar cara-cara breastfeed secara baring, dan mata tetap pejam (tidur tidur ayam) ini memudahkan saya tidaklah perlu bangun duduk breastfeeding. Jangan risau nanti baby masuk 3 bulan, baby akan tidur lama pada waktu malam. 


2. Biasanya bila baby dah sebulan kena pergi check up kan  masa itu tengok berat badan baby. Sekiranya naik dengan cemerlang itu bermakna baby mennyusu dengan cukup. :D


Quantiti susu semasa pump.
1. Quantiti susu selepas pump bukanlah quantiti sebenar yang baby hisap. Ini kerana hisapan baby ialah hisapan yang sebenar (teknik lathing dgn betul), baru hisapan pump. Jangan stress dengan quantiti susu yang keluar.


2. Belajar konsep supply dan demand. Pengalaman saya, saya buat note atau kajian atas baby saya. Contoh pukul 9 nyusu, selepas nyusu pukul 11 dia bangun nak nyusu. Jarak ialah 2 jam. Bila tiap tiap hari ada jadual nyusu anak, maka breast akan automatik menghasilkan susu badan. Tapi jangan sangan stress. Rehat kan badan atau tidur sekali semasa baby tidur.


Stock susu
1. Kalau baby jarang menyusu mommies boleh buat stock susu pabila baby  tidur.. Kerapkan kosongkan breast. Ini kerana bila mommies kosongkan breast (pump sehingga titisan akhir), otak akan memberi signal untuk menghasilkan susu. Tidak usah risau walaupun sedikit hasilan, simpan guna plastic storage untuk menjimatkan space. (Dahulu saya dapat 1oz je, lama-lama saya buat dengan displin susu saya meningkat).


Lagi byk menyusu  lagi byk susu akan terhasil and the best way is of course direct feeding, dgn baby latching dgn betul. In between feeding kita boleh pam utk legakan bengkak di awal2 kelahiran dan juga utk utk kumpul stok. Cuba sedaya upaya utk elak menggunakan botol pada bulan pertama sebab direct feed is the best. Kalau ibu letih atau bapa mahu beri susu, beri susu badan gunakan syringe atau cawan/susu. Ini utk elak baby keliru puting. kerana bila baby menyusu botol, aliran laju dan baby akan jadi malas utk menyusu direct .


Tapi, we have to realize that babies bukan saja nurse when they are hungry. Babies memang secara semula jadi suka 'menghisap'. They need the comfort and assurance. Since masih berpantang, jgn risau sangat. Layan je dia walaupun berjam. Later on, your baby will be more efficient at extracting out milk and don't be surprised kalau dia menyusu tak sampai 15 minit pun!A good way to monitor your baby's growth is thru diaper output and monthly weight gain.


Ingat lagi masa mula-mula saya bergelar ibu bila bawa anak pergi check up pernah saya bertanyakan pada doktor perihal anak yang selalu meragam sebab rasa penat. Kata-kata doktor yang melekat di jiwa saya sampai sekarang.


“Anak awak ni menangis sepanjang masa bukan sebab LAPAR, tapi dia cuma nak berada dipangkuaan awak,berada dekat dijantung awak, sepanjang 9bulan dalam kandungan,setiap detik dia mdengar DENGUPAN JANTUNG awak,tapi bila awak dah melahirkan dia,awak terus nak letak dia jauh2,tu yg dia menangis,dia rasa xselamat..Berilah dia masa,SATU KETIKA NANTI PASTI DIA AKAN MULA MERELAKAN DIRINYA DENGAN DUNIA LUAR. Anak2 ni,bawah 7 tahun je dia nak bkepit dgn maknya,bila lepas 7 tahun sibuk nak main&lepas bgelar remaja&dewasa,kita ajak pergi jalan pun dia tak nak ikut.”

Semenjak itu, bagai ada kekuatan untuk saya beterusan menyusukan baby lelagik dah mula pandai myusu sambil baring. Sobsssss.

Last but not least. Jeng Jeng Jeng. Muahsss!!!


*************************************

MILK BOOSTER!!!
Ramai bertanya macam mana nak dapat susu yg banyak..

Berdasarkan pengalaman menyusukan 2 orang anak, 
Saya tiada pemakanan khusus.
Saya tidak mengambil supplement, saya juga tidak mengambil makanan menggalak susu secara berlebihan
Saya makan semua makanan macam biasa. 

Paling penting keyakinan diri, doa, timba ilmu penyusuan dengan mereka yg arif pasal penyusuan.

Menyusu itu satu ibadat, kena sentiasa belajar dan sentiasa perbaiki mana kesilapan..tak boleh ambik jalan singkat.

Tiada jalan mudah untuk berjaya.
Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini.







 Yeay!

Berpesta Menyambut Birthday Di Malam HAri

Sambung kisah entry semalam. Nak tau betapa  meriahnya mereka celebrate birthday bersama kawan-kawan di nursery. Hahhh macam nilah. Everytime kereta sampai mesti diorang ramai-ramai lari sana lari sini menjerit kegirangan pergi jemput kawan mereka. HiHi so sweet like candy.

Tengok la NAyli tu bila dengan kawan-kawan dah tak hiraukan mama dah. Amboi amboi. Topi tercabut pun ramai yang nak tolong pakaikan ye. Untunglah. Yeay!!!



Seronoknya mereka semua. Bestkan jadi kanak-kanak?

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, February 23, 2012

Meriahnya Sambut Birthday Bash Di Nursery

Party, party yeay!!!

Last week Nayli & Zara dapat invitation for birthday celebration. Actually kakak yang jaga diorang kat nursery tu punya birthday. Eh eh bukan kakak tu punya birthday, I mean anak dia lah. Eeee apa yang ko merepek pagi-pagi buta ni labu.

Happy birthday to Iskandar. Sudah 6 years old. Yahooo!!!




Rasa-rasanya ini kali pertama Nayli pergi birthday bash kawan dia. First time tengok orang tiup lilin before ni dia je yang tiup sambut birthday sendiri.

1st Birthday

2nd Birthday

Yang pakai baju merah tu lah birthday boy. Comel kan. Suka sangat layan gelagat Nayli. Petang-petang bila nak ambil NAyli kat nursery mesti dia tolong bawa kan beg. HiHiHi so sweet.




Excitednya big baby tu. Awwwww. Nampak topi je. Ramai lagi kawan-kawan Nayli tapi tak datang maybe sebab di buat malam hari kot. Mama Nayli & Zara ni pun menggagahkan diri datang gak lepas Maghrib walaupun baru balik kerja yang sangatlah fenat. Aww.




Cheese!!!!!!!!! NAyli kat nursery kalau kategori toddler adalah antara yang terkecik jugak so ramailah suka layan dia. Masa mama baru-baru je sampai tadi belum sempat keluar kereta kawan-kawan NAyli dah start berkumpul luar kereta tunggu Nayli keluar. Hiks!




Eh asyik piccas NAyli je kan. Adik Zara mana??




Yeay!!! Adik Zara pun ada jugak.

Ape? Nak minum air sirap. Cannot-lah sayang.




Sebab adik Zara boleh jalan ala-ala je so kene duduk kat dalam rumah lah. TEngok je lah ye. Kejap-kejap je  mama bawa adik Zara lepak kat luar tak larat nak dukung Zara yang semakin semangat itu.



Kesiannya si tecit tewwww.

Empssssss, sambut birthday dengan kawan-kawan kat nursery. Ok jugakkan. Meriah pun meriah. Baby Zara will become 1 year old next week. Yabedabedu!! 

Kalau sambut birthday kat nursery mesti kawan-kawan semua suka dapat makan cake ramai-ramai. Lagik meriah.

Sekian.




Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!