Friday, April 29, 2011

Anak Makan Apa Hari Ini

Asyik-asyik cerita pasal susu je kan. Ok tukar pulak. Sekarang nak cerita pasal makan pulak ye. Kalau part makan mestila ada kena mengena dengan Nayli sebab dia kuat makan macam mama jugak. Baby Zara masa umur 6 bulan baru boleh start bagi makan. Sekarang minum je susu banyak-banyak ye.

Sekarang ni Nayli dah tak makan bubur nasi lagi sebab mama malas nak masak Nayli dah besar. Nayli makan macam apa yang papa & mama makan jugak. Cuma tak pedas.Ini menu untuk hari ni.

Mestilah ada nasi putih.


Memandangkan apa yang saya makan sama dengan yang Nayli makan so saya terpaksalah tidak meletak sama sekali sebarang cili padi mahupun cili api walaupun pedas itu adalah satu kemestian bagi saya. Oh anak yang telah berjaya merubah pemakananku.

Tadi masak ni. Dun judge the book by its cover ok. Walaupun rupanya macam tak best tapi sedap woo. Memasak seorang diri dengan kehadiran dua orang anak kecil sangatlah mencabar. Nasib baik tak terpelanting periuk belanga kat dapur tu. Hiks! Sup Kobis + carrot + telur. Letak sikit kicap. 





Ada jugak ikan goreng.




Ok dah cukup.

Kalau nak suapkan NAyli haruslah begini. Ikan yang digoreng tadi saya pilih-pilih isinya dan gaulkan sekali dengan nasi.




NAsi tu kena bubuh sup kobis bagi banjir sikit. Baru Nayli berselera. Selalunya setiap kali bagi Nayli makan saya akan pastikan mesti ada sayur. Biar dia belajar makan sayur. Selalunya saya buat sup kobis + carrot + telur, sup kentang + carrot + ayam, sup sawi, sup tauhu + su'un, sup bayam.. eksss ape lagi ye pendek kata macam-macam jenis sup lagilah sebab Nayli tak suka makan nasi yang terlalu kering..

Tengokla tu. Nayli da booom. Dah baca doa ke ni sayang?




Yummy ! Sedapnya mama masak, kalah Chef Wan tau. Awwwwwww.



Untuk snek pulak adalah ini. Petang-petang makan snek.



Biskut Tiger supaya Nayli kuat macam Tiger. Yeay!





KAlau lepak-lepak untuk mengelakkan Nayli kacau adik selalu bagi Nayli makan buah-buahan. Sebakul tu semua tu Nayli punya. Yeay! Mama nak sikit boleh tak?





Makin tembam dah sekarang ni macam mama jugak. Bila orang jumpa mesti nak cubit-cubit pipi dia.



Apepun amalan pemakanan seimbang penting bagi membantu tumbesaran kanak-kanak dengan sempurna sekaligus dapat menyesuaikan diri dengan dunia orang dewasa. Alam kanak-kanak juga adalah tempoh yang kritikal kerana ini adalah masa di mana mereka memupuk tabiat suka kepada sesuatu makanan.


Momies yang lain masak macam mana pulak untuk anak anda?  Nakla tau jugak. Hiks!


Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Nayli Minum Susu Kaler Kuning

Tiba-tiba terfikir pulak mungkin ada mommies kat luar sana rasa saya ni mengada betul  asyik buat entry pasal susu je kan sekarang ni. Takde entry lain ke. Nak berlagak la tu. Eleh, semua orang menyusukan anak kot? Takdalah nak tunjuk bagai stok bersusun-susun dalam freezer. Hahahahaha! Sabar ye. Tak baik marah-marah tau.

Rasa-rasa mudah ke nak buat semua ni? Langsung tak mudah ok. Lagi-lagi bila dah nak start kerja next week. Dah mula fikir ni. Pagi-pagi  buta kena susun botol-botol bersih bersama icepack untuk bekalan di pejabat. Belum termasuk botol untuk bekalan ke nurseri.  Di pejabat, perlu perah kurang-kurang  3 kali ok, lepas tu bersih & cuci semua aksesori mengepam selepas setiap sesi.  Sampai je rumah, masukkan semua EBM  dalam fridge. Pastu sediakan untuk hari esok, balance EBM  hari semalam, naikkan ke freezer.  Lepas tu basuh pula semua botol-botol yang digunakan pengasuh, dan botol-botol selepas mengepam. Kena sterelize pula semua botol dan gadget pengepaman. 


Erk..anda yang tengah baca ni ada rasa semput tak? Haa tau takpe. Pastu barulah boleh baring-baring menyusukan baby. Esok, ulang balik cerita kat atas. Fullstop.


Buat Enchek Husband, terima kasih sangat-sangat. Hehe…tugas papa Zara ialah membasuh botol. Yeay! sehari lebih kurang 12 botol susu dan aksesori pump, tolong basuhkan. Lap u lah! Muahs :D
Stok EBM semua saye letak nombor. So bila dah berlambak macam ni senangla nak guna konsep FIRST IN FIRST OUT. Lambat nak belek date satu-satu.



Hari ni saya ada project baik untuk NAyli. So jom mulakan dengan stok frozen EBM nombor 1.




Cuba bandingkan kedua-dua stok frozen EBM ni.





Ya, satu kaler putih satu lagi kaler kekuning-kuningan. Yang kaler kuning tu adalah botol susu no. 1, perahan masa awal-awal bersalin dulu. Sangat bezakan?

REndam dalam air semalaman bagi memudahkan susu cair.



Keesokan hari bila susu dah cair sepenuhnya saya panaskan dan bagi kat Nayli sebab saya bercadang untuk bekalkan fresh EBM je kat baby Zara selama yang boleh. So susu perahan hari ni akan saya gantikan dengan frozen EBM yang saya gunakan untuk Nayli tu. Dah tak boleh tambah botol sebab fridge dah penuh. Frozen EBM ni tahan 3 months je takut lambat guna expired pulak nanti. Rugi je. 

MAcam biasa Nayli minum je susu tu  tolak batu & kayu sampai tertido. Hiks!




Alhamdulillah.

Sebab saya nak bekalkan fresh EBM je dulu kat baby Zara adalah kerana susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien & antibodi akibat proses pembekuan tapi komposisinya adalah jauh LEBIH BAIK daripada susu formula. 

* pulun giller nak buat yang terbaik untuk baby Zara & Nayli sampai cedera parah. Awwwwwww. Hopefully cepatla sembuh. Amin.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Thursday, April 28, 2011

Babysitter Baby Zara Yang Sangat Rajin

Yahooo! akhirnye berjaya juga saye cari babysitter untuk baby Zara. Bolehla saye jenjalan pergi shopping. Yeay!

Nak tau siapa babysitter saya? Memang berkaliber & rajin sangat orangnye tau. Untungnye saya.


^

^


^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

Haa ni lah orangnya. Nayli jage baby Zara jap ye, mama nak keluar tau.




 Boleh diharap ke ni?






Hiks!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Adoi, Dah Luka Pulak!




Adoi, selama menyusukan anak-anak ni tak pernah saya mengalami nipple luka tapi sekarang dah luka pulak. Takdela teruk sangat, luka sikit je tapi kalau nyusukan baby Zara belah yang luka tu... OMG! sakitnya. Hopefully luka tak merebak dengan lebih teruk. Hardcore sangat kot saye perah susu sekarang ni yelah sekarang perah untuk big baby Nayli jugak. Takpun latching mase nyusukan baby Zara tak betul sampai boleh luka macam ni.

Yang saye tau, lepas nyusu sapukan sedikit susu tu kat nipple kan, lagik? lagik? Ada mommies yang boleh advise.

Uwaaa boleh tahan pedih jugak ye. Neeno Neeno Nayli tolong panggil ambulans cepat mama dah nak pengsan ni.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Hi, Lumut!

Masa di Perak haruslah tak lepaskan peluang untuk pergi ke Lumut. Best woo pergi Lumut. Walaupun dah pergi nak pergi gak lagi, dan lagi, dan lagi. 1000x pergi pun takpe, suka.

Sebab utamanya nak beli benda-benda ni. Mana la nak dapat kat tempat lain. Adela kot jual kat tempat lain, tapi harga mahal. Kat sini ikan bilis, sotong bergula, ikan kering, pekasam.. erkss macam-macam adela. T-shirt cap Pangkor & Lumut pun banyak. 







Bila mama dah rambang mata, big baby pun wajib la terikut sekali.

Laaaa ikut perangai siapa ni haaa? Mama borek anak rintik la ni

*Conversation yang telah di alih bahasa sebab mama je yang faham bahasa Nayli.


Mama, Nayli nak ini.




... dan jugak nak yang ini.....




... dan yang ini jugak... boleh tak?





Jap mama tengok wallet mama dulu. Laaa ade sengget je sayang. Tak cukup duitla. Hiks!

Si tukang borong bergambar dengan si tukang bayar.




Berplastik-plastik beli sotong. Tengah sedap-sedap duk kat rumah ni apelagi, asyik mengunyah je la tambah pulak minum nescafe panas. Sedap wooo. Siapa nak angkat tangan !!! Hahahaha!

Sekian

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Wednesday, April 27, 2011

Wordless Wednesday





Apesal kalau hari Rabu je mesti banyak giller entry Wordless Wednesday eh?  Arghhh nak menyibuk buat jugakla. Hiks!

*Tengah ngadap lappy sambil makan sutun yang beli kat Lumut aritu. Nyum Nyum. Anak-anak semua masih tidur. Tidur lama2 sikit ye Nayli & Zara.Yeay!

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Riang Ria @ Lost World of Tambun




Yeay! Seperti yang anda lihat dalam pic la. Walaupun tau tangan buruk tapi nak tunjuk jugak. Hiks! Kami telah berhoorey hoorey di Lost World of Tambun. Kata orang untuk siapa-siapa yang dah pergi Sunway Lagoon, kalau pergi kat sini takdela best sangat. Tapi bagi saya ok jugak, not bad. Yang penting boleh mandi manda sepuas hati macam badak berendam. Yahoo!




Sampainye saye di sini bermakna 1st time jugakla saye sampai di bandar Ipoh. Seryes la tak pernah sampai Ipoh lagi.

Kami pergi satu keluarga. Tengokla Nayli tu. Awww sexy sexy sekali.



Nayli mandi tak ingat dunia. TEruja betul dia. Piccas masa mandi haruslah takde sebab saye tak pakai camera waterproofla. Pakai camera cap ayam je.





Teruja tak? BEst woooo!

Lepas mandi jalan-jalan ke sini pulak.



Macam-macam animal ada kat sini. Nayli pun teruja.Seumur hidup tak pernah tengok binatang ni. Siapa tau ape nama animal ni angkat tangan!! Saye nak snap pic sekali sbb comel tapi org yang jage tu cakap sekali dia geget sakit woo. Terus tak jadi.




Lepas mandi & berjalan-jalan. TEngokla gelagat big baby ni. Keletihan, kelesuan. Tapi nak jalan jugak bila orang pegang tak nak. Jatuh kat dalam kandang rimau kang taula. Hiks!






Kita minum dulu. Yeay!




Nampak tak kat sebelah kitorang tu ape? Haa mama siap bawa cooler beg lagi untuk letak susu baby Zara sebab mama nak hoorey hoorey. Masa saye mandi MIL yang tolong tengokkan baby Zara. Sampai habis hoorey horey baby Zara minum 2 bottles x 2 oz susu, nasib baik cukup sebab saye bawa 3 bottles x 2 oz je.


Si demox & si muncit.

Bila orang tolak stroller adik, dia pun sibuk nak tolak jugak.




Siapa yang tak pernah pergi di alu-alukan pergi. Memang berbaloi-baloi. Best giller seyh. Habis dah rentung kehitaman.

Nak masuk RM38/person. Kanak kanak tak cukup umur macam Nayli & Zara free aje.

Kami akan datang lagi. Hooyeah!




Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

Tuesday, April 26, 2011

Minum Susu Dalam Botol Pun Jadikla.

Today sangat-sangat gembira. Bukan sebab kena loteri ke ape. Sangat happy ok.

Yeay! Saya berjaya kumpulkan stok EBM sebanyak 100. 100 tepat-tepat. Sebab utama kumpul 100 je sbb fridge dah takde space. Dari simpan kat botol sampaile tukar ke bekas dadih pulak.  Takde baget la nak beli deep freezer. Hiks!



.
Jadinya hasil perahan awal pagi tadi nak tau saye buat ape?




Rendam dalam air suam sebab cari warmer tak jumpa. Saye panaskan sebanyak 4 oz.






Then bagi big baby Nayli minum. Berdebar sangat takut dia reject susu perahan saya ni. Mesti saye sedih giller kalau dia taknak minum. Uwaaaaaa.

Tapi rupanya Nayli minum!!! Yeay!




Minum sampai tertido pulak lagi.





Rasa cam nak menitik air mata sebab Nayli memang dah taknak langsung direct BF since adiknya lahir.

Kenyang.




Syukur. Nayli baru nak masuk 1 tahun 6 bulan. Dia berhak mendapat susu ibu. So kene kongsi dengan adik ye sayang. Saye kene kerapkan sessi mengepamla mcmni. Yeay!

Teringat pulak kat kak Hayatie yang mana anaknya reject untuk direct BF. So kak Hayatie pun pumping setiap hari atleast 8-12x sehari sampai anaknya berumur 2 tahun.. Sangat gigih. Tabik spring yaww.

Sekian

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!