Friday, October 29, 2010

Keluar Malam CAri BArang

Semalam lepas Maghrib kami bertiga keluar jalan-jalan. Kami bertiga tu sape lagi kalau tak papa, mama & Nayli.Eh silap sekarang dah kena kira 4 orangla. Campur little junior dalam perut. Ahaks!

Amatlah jarang kami berjalan-jalan on weekdays memandangkan penat balik kerja pun tak habis lagi. Hiks! TApi kali ni ade misi yang agak penting. Kalau lambat takut tak sempat cari lak. Isk Isk takdela penting sangat tapi pentingla jugak.

Budak kicit yang jakun bile tengok escalator. MEsti dia fikir apesal la tangga ni bergerak-gerak pulak.




 Wah rambang mata tengok baju baby. Ade sale plak tu. Wohoooooooooooo.




Sebenarnye nak cari benda ni la. Baju sejuk untuk NAyli. Wah kaler pink. I loike......

Tapi yang tak bestnye baju sejuk untuk baby girl ni takde yang tutup kepala punye. NAnti sejuk kat kepala & telinga macam mane. Nayli memang tak suka pakai ape2 benda yang atas kepala. Kalau pakaikan habis dia tarik-tarik. Isk Isk





Kalau baby boy nye ade tutup kepala. Tapi kaler pink takdela. Isk mama NAyli ni tak habis2 dengan pink. Kalau pakai ni ikat kuat2 kat kepala dia susah sikit nak tarik.




LAst beli yang kaler biru ni untuk misi hari Sabtu ni. Oh nak tau misi ape. Tunggu.........

Wah NAyli buat ape tu. Suke naik lori ye. HAa pegi bodek kat papa tu. Hehe. Kiss papa kiss...




Papa, Nayli suke la lori ni. NAkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.......




Yahoooo~!!




LEpas dah selesai shopping misi menghabiskan duit Enchek Husband, Hihihihi~ barula terasa lapar. Haruslah ini. Piccas makanan harus ada. Baru meriah.




MAcam biasela. 3 ketul untuk papa. 2 ketul untuk mama. Burpsss Alhamdulillah.

Eh makan KFC lagik, hari tu baru je makan KFC kan. HukHuk.Oh memangla. KFC idamanku selalu.




Wah banyaknye papa beli toys untuk NAyli. Ni adela bola pertama yang NAyli ade altho memang  tau yang NAyli memang suke main bola. Ermpss baru berkesempatan beli bola untuk budak kicit tu.




Eeeee tak sabar nak tunggu hari Sabtu.

Cepatlah esok!! Malam ni nak packing barang. YEay!

Sekian.

Thursday, October 28, 2010

Check Up - 23 weeks

Baru balik dari check-up ni. Eh check up untuk sape ye? Nayli ke?

Bukan, ni check up untuk little junior dalam perut. Alalalala comey-comey dah makin besar dah. Nak masuk 6 bulan dah.

Haruslah pergi ke belah sini ok.



Sila baca. Macamtulah ceritanya. Dun play-play haa. Susu ibu yang terbaik.



MAcam2 yang diperiksa. Darah, air kencing, berat & macam2 lagila. Ni result nye.



Alhamdulillah semuanya ok.

KAlau check kat government macamni la. MEmang detail yang teramat. Semua diperiksa.

Aduh cedera parah.



Hiks! TAkdela.

Kena amik darah nak check hemoglobin je. HEmoglobin ni untuk menguji kepekatan darah dalam badan. Kalau above 11 ok. KAlau below tu bahaya la sikit kene banyakkan makan makanan yang ade zat besi macam bayam, daging merah, kerang, susu & dan sebagainye. TAdi mase check 11.8. Ok je. Kalau nak tau kesan anemia atau kekurangan darah  mase preggy bole bace kat SINI.

Kalau ade check up saye memang jarang amik cuti. Sayang nak habiskan cuti macam tu je. Amik time off je masuk office lambat no problem. Kalau taknak amik time off amik je MC. Haha~!!

Oh....

Little junior dah 23 weeks kat dalam perut.
NAyli dah 11 months 3 weeks 2 days kat luar perut.

Ermpss Alhamdulillah.

Sekian.

Wednesday, October 27, 2010

Sabda Rasulullah SAW Tentang Anak

Tengah lepak2 layan FB, nampk satu posting yang sangat best dari member saye.
Jom share okay.

1.Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.

2.Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.

3.Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang menangis kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.

4.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.

5.Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan mambawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.

6.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki. Barangsiapa menyenangkan anak
perempuannya, maka seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.

7.Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.

8. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

9.Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang tua ikut menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.

10.Barangsiapa membekalkan nanak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka orang tua akan mendapatkan pahala seperti pahal anak-anak.

11.Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkanlah dia. Ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata " Anakku, kau telah kudidik, kuajar dan kunikahkan. Semoga Allah melindungiku dari bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat".

12. Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk neraka.

13.Anak-anak adalah taming neraka, makan bersama mereka akan membebaskan kita dari neraka dan memuliakan mereka menyebabkan kita selamat ketika menyeberangi titian shirath.

Ermpss kenapa kena lebihkan anak perempuan dari laki ye??? Serius tak tau.
 
Sekian

Tuesday, October 26, 2010

Takde Kerja Cari Kerja

Nowadays budak kicit ni makin hyper active.

Dalam erti kata lain kadang2 aksinye agak membahayakan dirinye. Kalau tak monitor si kicit ni ade harapan jatuh & menangis tak berlagu. Isk Isk risau risau.

Sekarang suke sangat dengan aktiviti panjat memanjat. Semua benda nak panjat. Kerusi, katil, meja, almari. Salah satu benda yang dia suke panjat ialah walkernya.

Tengah nak panjat masuk dalam walker.



Habis senget2 badan.





Amboi baik punye landing.




Alololololo seksinya macam J-Lo.




 Setelah mama tolong adjustkan posisi, dapatlah duduk dalam walker ni.






Eh. nak buat ape pulak tu?

Hurmmm tapi kejap je nak duduknye. Tak sampai 5 minit.

Nak panjat keluar balik walker pulak dah





Grrrrrrrrr geramnye buat sendiri mama malas dah nak tolong.






Ayoyoyoyoyo. OMG!

Jom masuk tidur la sayang !!!!!!!! Nanti mama jadik Incredible Hulk baru tau. HukHuk.

Monday, October 25, 2010

Aktiviti Biasa On Weekend

HAri Sabtu & Ahad bagi saye & enchek Husband adalah hari untuk berehat kalo sempat pergi shopping. Hiks!

Hari Sabtu & Ahad bagi budak kicit NAyli adalah hari untuk main lebih2 sikit dengan papa & mama.

Wah concentrate nye NAyli tu. TEngok ape tu sayang. Tak berkelip mata. Muke budak kicit baru bangun tidur.




Oh patutla pun.




Tengok cartoon.





Apelagik Nayli nak buat on weekend ye?

Apelagik, main dengan toys la.


Rambut NAyli dah panjang boleh buat toncit. Yeay! Dulu rambut NAyli telah dibotak licinkan tau. Licin selicin-licinnye.

Main sorang2 ye sayang. Mama ade hal sikit. Lepas dah punggah toys tu sila kemas balik ye.




Pas main makan biskut.



Mama, jangan la amik piccas NAyli tengah makan. Nayli malula....



Allololo ngade2 nye budak kicit tu.

Actually mama nak masak bubur nasi NAyli. Tengok jap dalam fridge ade ape.
Ade labu.




Potong labu kecik2.




 Isi ayam pun cincang kecik2.




Kalo weekend bolehla NAyli makan bubur fresh yang mama masak ye. On weekdays mama panaskan bubur je untuk stok selama 3 hari .

PAtutla bile weekends NAyli biasenye akan makan lebih banyak lagik biase. HukHuk! Cian budak kicit tu. Tak berapa suke makan bubur yang dipanaskan ye. Mcm ni tiap2 pagi mama kene bangun awal masak bubur NAyli la ye... Erkkk...... Hehe.

Sekian.

Beli Handphone Baru

Last Sunday pergi sini. Jalan2 ngabihkan mase & duit.



Alaa dekat Petaling Jaya je.

Tapi kalau pergi sini nak cari parking seriously memang teruk. BErpusing2 Enchek Husband carik parking tapi takde. LAst2 kene parking jauh sikitla. Menapak sikit ok.




So papa kene dukung budak kicit la dengan cepat sebab cuaca agak panas.




Kalau dah pergi sini mesti laa tak lain tak bukan nak cari handphone, laptop or kamera ye tak?

 Sebenarnye hp saye dah lame hilang. Kene curik. LAme dah awal tahun haritu.

Malas dah nak beli baru asyik hilang je. Asal beli baru je hilang, beli baru je hilang. Merajuk laaa. PAkai hp cap ayam je selama ni.

Tapi bile tengok iklan hp ni dalam newspaper tetibe hati rase riang ria & mood terus datang  nak beli hp baru.

Model ni la.




Takde yang special pun pasal HP ni. MAin reason dia sebab hp ni ade kaler PINK




PINK IS COOL, AITE???

Nak beli yang kaler yang mane satu ye? Sudah gaharu cendana pula.Ketuk pale. Hiks!





YEay! Dah sah jadi hak milik.

Yabedabedu!




Happy.

LEpas tu jom melegakan anak tekak & perut kat KFC. Dah dapat hp barulah terasa perut lapar. KAlau tak tadi rase kenyang je.

Papa makan dinner plate, ayam kene 3 ketul ok.
Mama makan snack plate, ayam 2 ketul je dah ok kalau tak ok pow ayam papa la.





KFC idamanku selalu.

Nayli naik kuda tipu. Suke betul dia. MAcam taknak turun.




Pastu main dengan kakak-kakak kat mini playground KFC tu..




Sebab mereka melompat dengan lebih tinggi so pic pun bergegar dengan lebih tinggi la jugak. HEhe.

BAlik rumah apelagik, layan mama layan HP baru jelah. JAkun.

Nayli pergi main dengan papa ye. Mama busy sangat ni. Hiks!

Thursday, October 21, 2010

Makan Kat Kedai

Semalam dah boring asyik makan kat rumah je.

So makanla kat kedai depan rumah. Hiks!

Alaa janji tak makan dalam rumah ok. Takmo Takmo. Ni la preggy mom punye peel sekarang. HukHuk.

NAk order ape ye?




NAk makan nasi ke mee?

Oklah saye nak order ni.




Enchek Husband pulak order ni.




 Ermmm budak kicit makan ape tu???




Budak kicit NAyli makan ni.





Huhu biar kuat macam tiger. Eh jangan jadik macam tiger. Nanti asyik nak cakar mama je. Hiks!

Saye baru je start bagi biskut Tiger ni kat Nayli. Dan macam biase kalau benda baru NAyli memang suke.



Alahai comotnye.

Saye rase biskut ni ok gak sebab tak berapa keras. Bila masuk mulut je mudah jadik lembut.

Bagi makan timun pun Nayli suke je.




Budak kicit yang dah ade 3 batang gigi.

Sume benda baru tengok nak makan.

Berdiri tak pegang ape2 dah pass. TApi bile nak melangkah suke nak laju2. MEsti terbabas.


Alahai. Dah nak masuk kategori kanak-kanak Ribena dah.

Dah tak boleh panggil baby lagik.

Sekian.

Patutla Makin Sakit

Patutla.

Patutla pun.

Patutla semenjak dua menjak ni rase sakit semacam je bile breastfeed Nayli.

GEgetan nye semenjak dua menjak ni amatlah menusuk kalbu.

PAtutlah.



Semalam bile saye & Enchek husband check mulut budak kicit tu.

TEngah tumbuh sebatang lagik gigi kat belah atas tu.

Dua batang yang kat belah bawah tu memang dah ade.

Patutlaa dia asyik gatal gusi nak menggeget je skang ni. Hukhuk.

Patutla nen mama jadik mangsa.

NAsib baik kali ni Nayli nak tumbuh tak demam panas macam aritu.

Nayli muchuk, jangan geget-geget mama ye sayang.

Naylikan good girl.Muax Muax!

Sekian.