Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Tuesday, August 9, 2011

Cabaran Dalam Penyusuan Susu Ibu



Salah satu sebab yang kerap diberi kerana berhenti menyusu ataupun tidak menyusukan baby di awal kelahiran adalah "tidak cukup susu" or "tidak ada susu". Selalunya si mommies membuat tanggapan bahawa bekalan susunya tidak cukup untuk baby. Sama ada yes or no, ianya boleh dirawat, dun worry bebeh. Anyway yang paling penting kemahuan adalah perkara yang paling utama, mommies perlu mahu memberikan susu ibu dan jangan sesekali mengatakan anda T.I.D.A.K C.U.K.U.P S.U.S.U. dot dot dot. Kerana adalah hak setiap bayi untuk menikmati susu ibunya sendiri.

Tanggapan kebiasaan seperti bila baby yang baru lahir asyik menangis nampak seperti masih tidak puas hati selepas menyusu, menyusu terlalu sekejap atau terlalu lama, mengantuk & tidak berminat untuk menyusu , peningkatan berat baby yang kurang, breast tak tegang dan tidak mampu memerah banyak susu adalah tanggapan biasa menjurus ke arah pemikiran awal "saya tak cukup susu".

Jangan begitu. Banyak punca yang boleh menyebabkan keadaan seperti itu terjadi seperti lekapan yang lemah menyebabkan pengaliran susu yang kurang, masa penyusuan yang terlalu singkat tidak mempunyai susu akhir, jarang menyusu iaitu kurang dari 8x dalam tempoh 24 jam, tidak menyusu di waktu malam so suruh hubby pi bancuh formula milk sebab taknak tidur terganggu dan juga pengambilan alkohol & kafein oleh mommies yang menyusu.

Ok. Meh pakar pengkaji tak bergaji nak bercerita sikit. Terdapat 2 hormon yang penting dalam penghasilan susu ibu. Hormon prolaktin & oksitoksin namanya.



Prolaktin
* dirembes oleh kelenjar pituitari hadapan menyebabkan sel kelenjar menghasilkan susu.
* bila baby menyusu, urat saraf diputing teransang dan ransangan akan dihantar ke otak. KElenjar pituitari merembeskan prolaktin ke dalam darah menyebabkan payudara menghasilkan susu.
* hormon ini berfungsi selepas penyusuan dan menyediakan susu untuk penyusuan seterusnya.
* hisapan baby menyebabkan payudara menghasilkan susu.
* prolaktin melambatkan ovulasi dan kedatangan haid dan proses ini dipanggil refleks prolaktin.

Oksitosin
* dirembes oleh pituitari belakang. Bila baby menyusu saraf terangsang dan rangsangan akan dihantar ke otak. KElenjar pituitari akan merembeskan oksitosin dalam darah menyebabkan otot pada payudara akan bertindak & memancutkan susu keluar.
* membantu mengecutkan rahin & mengurangkan masa pengeluaran darah nifas dan proses ini dipanggil refleks oksitosin.

Penyumbang utama dalam penghasilan susu adalah hormon. So sebenarnya tiada istilah "saya tiada susu". Penyusuan adalah supply vs demand. Lagi kerap kita menyusukan baby or perah susu, insyallah lagi banyak susu akan dihasilkan. Doink!!!

Kalau nak tau tanda baby mendapat cukup susu boleh dilihat dari segi:

* bayi berhenti menghisap dengan sendiri.
* penyusuan yang kerap (8-12 kali sehari)
* dengar bayi menelan. glurpp glurppp * puas hati betul bila dengar bunyi macamni.
* baby nampak puas, ceria, otot & kulit baby sihat
* berat baby meningkat



image mat & minah salleh ini dicedok dari en. google . sekadar hiasan.

Perlu diketahui, ini adalah fakta benar bukan auta mengenai penyusuan susu ibu:

1) Air yang terkandung dalam susu ibu sudah melebihi daripada keperluan bayi. Oleh itu mommies tak perlu bagi air masak or air tambahan kepada bayi meskipun dalam cuaca panas.
2) Ramai mommies yang bimbang bila ada problem inverted nipple. Jangan risau kerana baby mendapat susu daripada payudara bukan dari puting. Galakkan bayi menghisap sebahagian besar tompok gelap payudara. Bayi yang menghisap puting dengan kuat semasa menyusu akan membantu memulihkan puting.
3) Pemakanan yang seimbang & berkhasiat adalah penting untuk mommies yang breastfeed. Jangan berpantang!!! Banyakkan minum air kosong manakala sayur-sayuran  dan buah-buahan adalah sumber vitamin untuk memulihkan kesihatan mommies selepas melahirkan anak.
4) Mommies yang breastfeed perlu mengelakkan untuk berdiet untuk kuruskan badan. BErdiet boleh mengurangkan zat makanan dalam susu ibu. Takpelah demox sikit demi anak.

Buat mommies yang masih baru dalam dunia breastfeed, pelajarilah teknik-teknik mengepam, menyimpan & memanaskan susu dengan betul kalau boleh sewaktu preggy lagi. Kalau dah beranak baru nak menuntut ilmu penyusuan pun takpe boleh jugak, boleh praktikkan untuk anak seterusnya. Kalau takde orang terdekat yang boleh membantu, en. google pun boleh tolong. Saya pun dulu banyak belajar dari en. google.com. MEmang mula-mula tu rasa serba canggung, rasa agak leceh, tapi lama kelamaan mengepam susu menjadi amalan & rutin saya di office yang lama kelamaan menjadi kebiasaan.

Kepuasan!!!!



 Love.Love.Love الحمد لله 



Saja nak share dengan mommies semua. Pengalaman yang saya lalui membuatkan saya mahu share dengan mommies yang lain tentang  ilmu penyusuan. Semoga dapat merasa nikmat dan kebahagiaan tatkala si anak merenung tepat ke arah mata kita ketika sedang menyusu. Bagaikan sedang mengucap a trilion thanks yang tidak terhingga kepada mama yang bagi minum susu mama. Perasaan masa tu, soopa doopa nice-lah. YEay!!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

2 comments:

  1. dengan ilmu ini semoga melimpah ruah lagi rezeki anak2 akma..

    ReplyDelete
  2. yeah...gud info....heee~mmg xdiet pun skrg nih...sume demi anak...

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~